Penggunaan peti sejuk paling kerap adalah dari terbit fajar sehingga senja. Pada hujung minggu akan membawa kepada kekerapan membuka pintu sejuk untuk mengambil makanan ringan sepanjang waktu siang dan sebahagian waktu malam. Kekerapan pembukaan dan penutupan pintu yang banyak boleh menyebabkan masalah kelonggaran getah pintu.
Jika pintu peti sejuk tidak ditutup dengan betul atau makanan disimpan tidak dingin, terutamanya barang-barang di rak pintu akan rosak akibat daripada getah pintu yang longgar. Membersihkan getah pintu boleh memperbaiki kebanyakkkan isu berkaitan masalah peti sejuk. Getah pintu peti sejuk perlu dibersihan secara teratur agar tetap dalam kondisi baik dan mampu mengunci kesejukkan dengan baik.
Kulat pada lingkaran getah pintu
Bau busuk dan tidak menyenangkan yang dikeluarkan dari peti sejuk boleh menyebabkan pertumbuhan kulat di getah pintu peti sejuk. Ia boleh tumbuh dengan cepat dan tidak dapat dikesan pada awalnya. Jika anda mendapati terdapat pertumbuhan kulat, cegah dengan cepat sebelum ia menjadi masalah utama dengan beberapa penyelesaian pembersihan asas.
Kaedah penyelesaian yang selamat adalah mencampurkan 1 liter air suam dengan 1 sudu besar baking soda untuk membersihkan, menghilangkan bau dan membersihkan getah pintu. Pastikan ia disapukan masuk pada celah-celah dan sudut pada getah pintu terutamanya yang berbentuk akordeon. Pastikan juga campuran pembersihan tersebut dilap bersih tanpa ada sisa yang tertinggal dan mengering pada getah pintu.
Bahan yang tidak boleh digunakan?
Membersihkan getah pintu seperti nampak mudah tetapi ada beberapa jenis pembersih yang tidak boleh digunakan kerana ia akan merosakkan getah dan plastik penutup pintu. Produk yang mengandungi sulingan petroleum (distillates petroleum), peluntur dan amonomia TIDAK BOLEH digunakan dan wajib dielakkan.
Peluntur yang dicairkan dalam jumlah kecil walaupun boleh digunakan tetapi ia akan memberi kesan negatif seperti merekah atau mengikis plastik pada penutup peti sejuk. Ini telah disahkan!!!
Sekiranya anda memutuskan untuk membersihkan meterial plastik yang kotor, maka jangan biarkan ia melekat pada bahan lebih lama daripada yang diperlukan.
Lap bahan pembersih yang anda gunakan dari getah pintu dengan air suam. Lap kering dan pastikan tiada sisa yang tertinggal sebelum mengatakan kerja pembersihan selesai.
Pembersih Hidrogen Peroksida
Sekiranya masih ada kotoran yang masih menempel atau noda dari pertumbuhan kulat pada makanan, maka pembersihan yang terbaik dari pembersih rumah tangga biasa adalah menggunakan antibakteria hidrogen peroksida. Ia berkesan untuk membersihkan peti sejuk dengan mudah, berpatutan dan selamat. Ia boleh dicampurkan dengan cecair pencuci dari bahan lembut untuk menghilangkan noda dan bau lebih berkesan.
Cara membersihkan peralatan
Adalah disyorkan penyemburan hidrogen peroksida dengan semburan kabus paling halus sehingga dapat memasuki celah-celah getah pintu. Sembur secara bebas dan biarkan hidrogen peroksida pada getah pintu selama 15 minit. Gunakan kapas untuk mengelap kotoran atau noda di celah-celah getah pintu. Pastikan tiada sisa kapas tertinggal apabila anda selesai.