www.wasap.my/+60166823585
Q: Apakah punca yang menyebabkan mesin basuh tidak START atau memulakan operasi?
8 Perkara yang selalu menjadi penyebabnya mesin basuh tidak boleh ON/START
1. Start switch
Tekan butang pada papan kawalan. Jika ada yang berfungsi dan yang lain TIDAK, maka butang penekan ‘START’ mungkin telah tersekat/ditahan.
2. Timer
Dengan berpandukan diagram dan multimeter, periksa pendawaiannya sama ada ia rosak
3. Line Fuse dan Thermal Fuse
Selalunya fius akan terbakar jika berlaku lebihan kuasa elektrik dari komponen lain. Periksa sekali pendawaian, motor atau drain pump. Menukar fius sahaja mungkin TIDAK akan menyelesaikan masalah.
4. Drive Motor
Selalu ada bunyi dengungan, matikan kuasa dan periksa jika terdapat ada halangan pada motor atau motor telah rosak.
5. Main Control Board
Perhatikan tanda seperti terbakar, melengkung dan lelehan di dalam komponennya. Sebelum menggantikan dengan yang baru, sila pastikan punca kerosakkan luaran lain telah dibaiki.
6. Masalah Kekuatan Tenaga Masuk
Masukkan peralatan lain pada outlet yang sama. Jika peralatan lain TIDAK hidup, periksa litar pemutus arus elektrik rumah anda. Jika peralatan itu HIDUP, periksa fius plug.
7. Kabel Elektrik
Guna multimeter dan uji kabel untuk mengetahui sama ada ia mendapat arus elektrik, selalunya ianya jarang berlaku untuk kes ini.
8. Door Lock / Lid Switch
Pintu harus tertutup rapat sebelum operasi boleh dimulakan. Jika pintu TIDAK rapat, suis pintu akan menghalang operasi mesin secara automatik. Rujuk diagram dan guna multimeter, uji kesemua suis lock pintu.
Note: Tanpa peralatan dan pengetahuan yang baik jangan cuba-cuba atau menduga-duga. Semua komponen dan arus yang masuk dan keluar harus diukur. Pastikan arus punca kuasa telah ditutup sebelum membaiki.