PETI SEJUK : KODE KESALAHAN E23

 



Kod kesalahan E23 pada model peti sejuk tertentu biasanya merujuk kepada masalah pada pemanas pencairan (defrost heater) atau sistem pencairan dalam peti sejuk tersebut. 

Ini bermaksud terdapat masalah dalam proses pencairan di bahagian peti beku, di mana pemanas atau elemen pencairan mungkin tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan pengumpulan ais yang berlebihan.



Langkah-langkah yang boleh diambil:


1. Periksa Pemanas Pencairan: 
Semak sama ada elemen pencairan dalam peti sejuk berfungsi dengan baik. Ini adalah komponen yang bertanggungjawab untuk mencairkan ais yang terkumpul di bahagian peti beku.


2. Periksa Sensor Pencairan: 
Selain elemen pencairan, sensor pencairan yang rosak juga boleh menyebabkan masalah ini.


3. Reset Peti Sejuk: 
Cuba matikan dan hidupkan semula peti sejuk untuk melihat sama ada kod kesalahan hilang. Kadang-kadang, kod ini mungkin muncul disebabkan oleh gangguan elektronik kecil.

4. Hubungi Sokongan: 
Jika anda tidak pasti atau masalah masih berlanjutan adalah lebih baik anda menghubungi teknision yang anda percayai atau khidmat sokongan jenama pilihan anda,

Jangan tunggu sehingga rosak lebih teruk, bertindak sekarang! 💡 @www.wasap.my/+60166823585

Peti Sejuk: 6 Masalah Biasa dan Penyelenggaraan

www.wasap.my/+60166823585



 Membaiki peti sejuk memerlukan pemahaman asas tentang cara ia berfungsi. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membaiki peti sejuk yang mengalami masalah biasa:

1. Peti sejuk tidak sejuk:

Periksa kabel elektrik: 
Pastikan peti sejuk terhubung dengan baik ke sumber elektrik dan tidak ada kabel yang terputus.

Periksa thermostat: 
Pastikan thermostat ditetapkan pada suhu yang benar. Jika terlalu rendah, cuba atur ke tingkat lebih tinggi.

Kompresor rosak: 
Kompresor adalah komponen utama yang mendinginkan peti sejuk. Dengarkan apakah kompresor bekerja (suara dengungan). Jika tidak bekerja, mungkin kompresor rosak dan memerlukan penggantian oleh teknision.

Kotoran pada kondenser: 
Bersihkan gegelung kondenser di bahagian belakang atau bawah peti sejuk, karena kotoran dapat menghambat pendinginan. Matikan plug sebelum membersihkannya.

2. Ais menimbun di freezer:

Periksa pintu freezer: 
Pastikan pintu freezer tertutup rapat, kerana jika tidak, udara panas akan masuk dan menyebabkan ais berlebihan.

Periksa defrost timer: 
Jika defrost timer rosak, ais boleh bertimbun kerana peti sejuk tidak melakukan kitaran pencairan. Timer ini perlu diganti jika rosak.

Defrost heater rosak: 
Heater ini membantu mencairkan ais pada waktu tertentu. Jika rosak, bahagian ini perlu diganti.

3. Air bocor dari peti sejuk:

Saluran saliran tersumbat: 
Saluran saliran di dalam peti sejuk dapat tersumbat oleh ais atau kotoran. Gunakan air panas atau dawai halus untuk membersihkannya.

Penampungan air penuh: 
Di beberapa peti sejuk, ada penampungan air di bagian bawah. Periksa dan kosongkan jika penuh.

4. Peti sejuk berbunyi bising:

Periksa kipas evaporator: 
Jika kipas ini rosak, dapat menyebabkan bunyi bising dan juga masalah pendinginan. Periksa dan bersihkan dari kotoran atau ganti jika perlu.

Kompreser terlalu bising: 
Kompresor yang rosak juga boleh menyebabkan bunyi yang kuat. Jika ini masalahnya, anda mungkin perlu mengganti kompreser.

5. Bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk:

Bersihkan bagian dalam: 
Keluarkan semua makanan dan bersihkan bahagian dalam peti sejuk dengan campuran air panas dan baking soda. Biarkan pintu terbuka untuk pengudaraan setelah dibersihkan.

Gunakan penyerap bau: 
Tempatkan bahan penyerap bau seperti baking soda, kopi atau arang aktif di dalam peti sejuk untuk menghilangkan bau.

6. Kebocoran gas penyejuk:

Jika peti sejuk tidak sejuk dan ada tanda kebocoran gas (contohnya: bau pelik atau minyak di sekitar kompresor), ada kemungkinan gas penyejuk bocor. Untuk masalah ini, sebaiknya hubungi teknision yang berpengalaman, kerana pengendalian gas penyejuk memerlukan peralatan khas.

Jika masalah yang anda hadapi memerlukan penggantian alat ganti atau kemahiran teknikal yang lebih tinggi seperti penggantian kompresor atau kipas adalah disyorkan untuk menghubungi teknision profesional.

Alat Elektronik Tahan 3 - 5 tahun? Mengapa?

 



Adakah peti sejuk atau barangan elektronik moden direka untuk tahan 3 - 5 tahun?

Jawabannya: TIDAK,

Peti sejuk direka untuk tahan melebihi 5 tahun dan selepas itu anda harus menanggung kos penyelenggara untuk ia terus berfungsi dengan baik. Ini kerana jaminan yang diberikan pihak pengeluar untuk kompresor peti sejuk adalah 10-12 tahun ikut jenama yang dipilih.

Ada juga sumber yang mengatakan peti sejuk mereka telah berusia 12-25 tahun. Jika, dilihat kondisi peti sejuk, ia seperti mengikut cara penggunaan yang telah digariskankan dalam buku panduan pengguna.

Jika, alatan rumah anda rosak dalam jangka kurang dari 5 tahun, perkara berikut harus anda ambil kira daripada menyalahkan pengilang atau juruteknik sebaliknya pilihan anda:

  1. Harga dan kualiti pilihan
  2. Persekitaran barangan diletakkan.
  3. Tiada pemeriksaan aliran elektrik di bangunan atau rumah anda.
  4. Pembumian di rumah anda tidak sempurna
  5. Gaya hidup atau pendidikan tentang penggunaan dan penjagaan barangan.

1. Harga barangan dan kuali pilihan

  •  Barangan yang direka bentuk di bawah harga pasaran selalunya dikilangkan untuk sasaran dijual dengan kuantiti yang banyak. Ini menyebabkan beberapa perkara akan dikorbankan bagi menjamin harga yang rendah iaitu dari segi penyelidikan dan pembangunan, 
  • Peralatan juga dibuat dengan cara tidak menggalakan khidmat pembaikan jika berlaku kerosakan kecil. Ini kerana rekabentuk atau pembinaannya dipateri mati.
  • Elekronik yang dipasang akan berskala kecil atau miniatur dipasang pada permukaan papan litar. Ini menjadi rumit ketika pembaikan dan sukar difahami/dibaca.
  • Selalunya alat ganti sukar atau terhad dipasar kecuali anda boleh mempertimbangkan modifikasi atau penggunaan alat ganti jenis universal.

 

2. Persekitaran barangan diletakkan

  • Gaya terbaharu kini, semua alatan dimasukkan ke dalam kabinet tanpa memikirkan atau menyediakan aliran udara yang cukup. Alatan seperti peti sejuk akan menderita untuk kondisi seperti ini. Tekanan pada kompresor menjadi lebih tinggi, Keadaan ini akan menyebabkan kegagalan pramatang.
  • Apa yang anda perlu ingat adalah, peralatan sekarang dibina dengan litar dan elektronik digital bukan seperti zaman pasca perang. 

3. Tiada pemeriksaan aliran elektik di bangunan atau rumah anda

  •  Berikut adalah kapasiti bekalan elektrik oleh TNB, Malaysia buat rujukan anda:

  • Voltan 

    Rangkaian voltan penghantaran ialah 500kV, 275kV dan 132kV, manakala voltan pengagihan ialah 33kV, 11kV dan 400/230 volt.

    Walau bagaimanapun, dalam kes bahagian tertentu di Johor & Perak, voltan pengagihan juga mungkin termasuk 22kV dan 6.6kV.

    • Kekerapan Bekalan
    Kekerapan bekalan ialah 50Hz ± 1%.

    •  Jika voltan terlalu rendah, tegangan arus elektrik meningkat, yang mungkin mengakibatkan komponen cair atau menyebabkan perkakas tidak berfungsi. 
    • Jika voltan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan perkakas bergerak 'terlalu laju dan terlalu maksimum' yang akan memendekkan hayat perkhidmatannya.

    4. Pembumian bangun atau rumah tidak sempurna

    • Jika, pembumian alatan anda tidak sempurna, peralatan anda terasa seperti ada arus yang mengalir sekelilingnya. Setiap kali kilat menyambar di sekitar rumah anda akan ada alatan yang akan rosak terutama televisyen. 
    • Sebaik-baiknya pembumian harus mempunyai rintangan sifar ohm. Tidak ada satu standard rintangan pembumian standard yang diiktiraf oleh semua agensi. Walau bagaimanapun, NFPA dan IEEE telah mengesyorkan nilai rintangan tanah sebanyak 5.0 ohm atau kurang.

    Perkara penting pembumian ialah:

    • Dalam sistem kuasa ia membantu mengekalkan voltan mana-mana bahagian rangkaian pada potensi yang pasti berkenaan dengan bumi.
    • Ia membenarkan arus yang mencukupi mengalir dengan cukup laju di bawah atau ke bumi apabila ada kesalahan berlaku untuk mengendalikan peranti pelindung yang dipasang dalam litar.
    • Menghalang bahagian konduktif yang terdedah pada peralatan daripada meningkat dalam potensi untuk tempoh yang mencukupi untuk menyebabkan bahaya daripada renjatan elektrik.

     5. Gaya hidup atau pendidikan tentang penggunaan dan penjagaan barangan.

    • Setiap alatan yang anda beli, ia akan tahan lebih lama jika anda selalu membersihkannya dari habuk-habuk yang tebal. Habuk yang tebal menyebabkan komponen menjadi lebih panas. Ini akan mengyrangkan jangka hayat alatan beberapa peratus. 

     Contoh: peti sejuk

      • Cuci gegelung kondenser  -   Setiap 6 bulan
      • Periksa getah                      -   Selalu
      • Defrost                                 -   Ikut keperluan
      • Periksa suhu                         -   Selalu 

    PETI SEJUK : PUNCA DAN SEBAB TRIP (BREAKER)

      Punca dan Cara Mengatasi Peti Sejuk yang Menyebabkan Trip Elektrik Peti sejuk adalah salah satu peralatan elektrik yang penting di rumah. ...