MESIN BASUH : BERBUNYI BISING



www.wasap.my/+60166823585
 

Percayalah, tidak tidak perlu menunggu sehingga buih sabun memenuhi lantai, jika anda mendengar mesin basuh anda membuat bising dengan bunyi  yang tidak sepatutnya. Ini adalah waktunya anda untuk bersikap proaktif.

Terdapat banyak sebab mesin basuh mengeluarkan suara yang kuat dan terdapat penyelesaian yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah. Apabila ia dibiar di luar kawalan, ia akan menyebabkan kerosakkan mesin yang tidak dapat diperbaiki. Bunyi aneh ini akan berlaku ketika:

  • Bunyi berlaku semasa mesin basuh memutar laju
  • Bunyi berlaku semasa mesin  basuh sedang mengagitasi
  • Bunyi berlaku semasa mesin basuh mengisi air
Bunyi-bunyi yang anda harus ambil tindakkan adalah apabila ia kedengaran seperti:

Bunyi bergemericik/gurgling
Bunyi bergemericik boleh menjadi indikasi bahawa ada sesuatu menghalangi saluran pembuangan air tetapi ia tidak cukup sepenuhnya menyumbat hos pengeluaran air. Keluarkan penyumbatan untuk mencegah terjadinya penyumbatan penuh yang kemungkinan besar akan menyebabkan banjir.

Bunyi berdenting/clanking
Ini berkemungkinan terdapat benda asing seperti syiling telah berada di dalam mesin basuh. Anda harus memeriksa saluran air keluar atau ruang diantara piring dengan tub/drum. Keluarkan benda asing yang tersangkut.

Bunyi berdengung/humming
Objek asing telah tersumbat di dalam pam anda, jika anda mendengar bunyi bising. Sekiranya objek itu menembusi pam, anda mungkin harus menggantikan pam anda jika kerosakkannya serius. Sering kali, hanya mengeluarkan objek akan menyelesaikan masalah tersebut. 

MESIN BASUH : BERGEGAR KUAT DAN "BERGERAK"

 

www.wasap.my/+60166823585

Apa yang harus saya lakukan apabila mesin basuh bergegar kuat sehingga “berjalan” di atas lantai?


A: Ini mungkin disebabkan oleh lantai yang tidak rata. Perkara lain yang harus diambil pertimbangan adalah jika getaran berpunca dari mesin telah tua, mungkin ada sambungan bahagian yang telah usang. Lantai yang terlalu licin juga menyebabkan getaran, anda harus memasang getah pelindung lantai. Jika ini penyebabnya, langkah ini tidak akan berjaya.

  1. Sebelum memiringkan mesin, periksa hose bekalan air, lepaskan hose dan tanggal kabel kuasa.
  2. Keluarkan muatan di dalam mesin jika ada untuk mengurangkan berat.
  3. Ukur kerataan lantai anda dengan menggunakan waterpass atau apa-apa yang boleh membantu.
  4. Minta sesiapa menolong anda menyokong mesin sementara anda melaraskan skrew pada kaki mesin. (ulang proses ini sehingga anda berpuas hati dengan ukurannya)
  5. Pasang semula sambungan hose dan kuasa. Cuba pusing basuhan yang paling cepat. Lihat hasilnya.
  6. Jika mesin sudah lama dan skrewnya sudah berkarat dan tidak dapat dibuka walaupun telah dispray minyak, lapik kakinya mesin dengan apa-apa yang boleh mengimbangkannya, sama ada papan nipis ataupun penutup mentega.

Sebarang pertanyaan mengenai mesin basuh boleh hubungi:

www.wasap.my/+60166823585

MESIN BASUH : TIDAK MENGALIRKAN SABUN


www.wasap.my/+60166823585 

Mengapa mesin basuh tidak mengalirkan sabun ke dalam tub basuhan?

  • Pencuci HE dari masa ke semasa akan meninggalkan sedikit sisa sabun pada laci penyimpanan sabun. Sisa sabun ini akan menyumbat saluran keluar dan menghalang sabun dari masuki tub basuhan. Jadi dispenser perlu dibersihkan.

Bagaimana cara membersihkan laci sabun pencuci?

  1. Longsorkan laci pencuci keluar sehingga tidak dapat digerakkan lebih jauh.
  2. Di bahagian belakang laci terdapat klipp, tolak klip dan tarik laci keluar.
  3. Tanggalkan petak plastik dari dalam laci. (Pencuci, Pelembut, Pemutih)
  4. Bersihkan laci pencuci dan petak plastik di bawah air sabun suam.
  5. Gosok perlahan-lahan untuk menghilangkan sisa-sisa gumpalan yang mungkin menyebabkan penyumbatan.
  6. Lap penutup laci pencuci untuk mengeluarkan sisa atau kulat.
  7. Setelah bersih, masukkan kembali laci ke mesin basuh.
  8. Isi laci dengan detergen HE yang betul dan jalankan ujian cucian. 
Masalah lain yang mungkin menjadi penyebab mesin basuh tidak mengalirkan sabun?
  • Penggunaan produk pencucian yang salah menyebabkan sabun tidak dapat dialirkan. Menggunakan produk yang betul membuat perbezaan di dunia. Jika mesin basuh anda direka untuk pencuci cecair, dengan menggunakan pelunur serbuk boleh menyumbat dispenser dan saluran. Semak buku manual anda untuk mencari jenis produk yang direka untuk unit anda.
  • Mungkin ada isu dengan pam menyedut  sabun - masalah mekanikal lain yang menyebabkan masalah seperti inlet valve air atau assembly drawer yang mungkin rosak atau tersumbat. 

MESIN BASUH : TIDAK MENGHABISKAN PUSINGAN

www.wasap.my/+6016682358

Apabila mesin basuh anda terhenti pada pertengahan kitaran, ia mungkin disebabkan oleh timer/pemasa mesin basuh. Sekiranya anda menggunakan model lama, kebanyakkannya menggunakan sistem ini. Walau bagaimapun, jika mesin basuh anda lebih moden, ia mungkin membatalkan proses atau kitarannya dan akan memaparkan kod ralat pada skrin. Ini mungkin akibat dari saluran yang perlahan. Jadi, anda boleh merujuk buku panduan bagi kod ralat yang muncul. Ada sesetengah kod ralat yang mengharuskan anda memanggil juruteknik kerana telah berlaku kerosakkan pada sistem elektroniknya..

Sebelum itu, anda akan menemui salur keluar air dan siapkan juga tuala untuk menampung hamburan air apabila klipnya dilepaskan. Bersihkan penapis, mungkin anda akan menemukan benda asing yang menghalangi aliran ke pam.

Kesimpulannya, anda perlu melihat dan memeriksa bahagian berikut secara teliti:

➧ Drain Hose 

➧ Fill Hose

➧ Water Inlet Valve

➧ Drain Pump

➧ Tub

➧ Tub Seal

➧ Door Seal (Front load)

➧ Sukatan Sabun Berlebihan


Peraturan utama bagi mesin basuh adalah JANGAN terlebih muatan. Mesin akan terhenti pusingannya dan kehilangan imbangan. Susun semula muatan dan mulakan semula operasi.


MESIN BASUH : TIDAK BOLEH SPIN / MENGELUARKAN AIR

www.wasap/+60166823585

Apabila mengetahui mesin basuh anda tidak berputar sehingga pakaian dibilas kering, anda harus terlebih dahulu mengetahui dengan tepat dimana situasi ia tidak berputar? Masalah mesin tidak boleh berputar mempunyai amaran yang berbeza. 

  1. Mesin basuh berputar amat lemah dan tidak memasuki fasa putaran laju
  2. Mesin basuh tidak boleh berputar dan tidak mengeluarkan air
  3. Mesin basuh sentiasa memasukkan dan mengeluarkan air dan tidak boleh berputar.


 Periksa juga perkara berikut yang mungkin juga menjadi penyebab isu di atas:

1. Lebih muatan

  • Mesin basuh diisi terlampau penuh sehingga putaran terganggu dan tidak seimbang.
  • Mengatur beban basuhan untuk berputaran yang lebih seimbang. Pilih program SPIN untuk menghilangkan lebih air.

2. Switch and setting

  • Periksa suis pintu sama ada dalam keadaan baik dan diletakkan pada posisi yang betul.

3. Drain Pump

  • Ada kemungkinan objek asing telah termasuk ke dalam pam saliran.
  •  Anda akan sering mendengar bunyi degungan apabila mesin basuh dipenuhkan dengan air.

4. Belt

  • Periksa belt jika terdapat tanda-tanda kerosakkan. Ini termasuk sistem pulley.
  • Ini kerana jika anda hanya menggantikan belt tetapi sistem pulleynya tidak betul, masalah tidak akan selesai.
          5. Motor

  •  Periksa spline penghubung agitator ke drive shaft, ia mungkin haus dan harus diganti.
  • Reversing motor, perhatikan arah pusingan. Tub berpusing sempurna searah tetapi tidak untuk berlawanan arah. Ia mungkin harus diganti.
  • Periksa coupler penghubung motor ke transmisi, ia mungkin telah haus.

Peti Sejuk Tidak Boleh Sejuk? Mungkin Faktor Umur Peti

  Peti sejuk adalah salah satu peralatan penting dalam rumah. Namun, ada ketikanya ia mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan, seperti tidak ...