Menurut sumber Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan media pada 5/12/2019, mengatakan bahawa air banjir mungkin telah merosakkan pendawaian dan peralatan elektrik dan boleh menimbulkan risiko keselamatan yang serius kepada pengguna jika ia tidak dibersihkan, diperiksa dan dijaga dengan baik.
"Pengguna mesti berhati-hati dan mematuhi garis panduan keselamatan peralatan elektrik di kawasan perumahan masing-masing untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini."
"Fius atau pemutus litar perlu dibersihkan dari sebarang kekotoran dan diganti dengan yang baharu jika diperlukan. Soket yang terendam di air banjir harus dibersihkan dan benar-benar dikeringkan sebelum digunakan."
"Pengguna juga disarankan untuk menghindari kawasan berair jika terjadi gangguan elektrik di daerah tersebut dan menjauhkan diri dari pencawang TNB dan tiang penghantaran elektrik"
Selain itu, TNB juga mengatakan sebelum menggunakan bekalan elektrik, mangsa banjir harus mendapat khidmat kontraktor pendawaian elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa dan menguji pendawaian elektrik yang rosak terkena air atau lumpur.
Semua peralatan elektrik yang tenggelam harus dibersihkan setelah kontraktor pendawaian elektrik anda mengatakan rumah anda selamat dari gangguan elektrik. Ini kerana jika panel kawalan pemutus litar anda tenggelam, sambungan utama ke rumah anda harus diputuskanterlebih dahulu bagi memastikan tiada aliran elektrik mengalir masuk di dalam rumah anda.
"Air dan elekrik, mereka bukan kawan baik, anda harus berhati-hati"
Apabila anda telah menyelesaian tugas tersebut barulah anda boleh membersihkan rumah dan litar elektrik anda daripada kekotaran atau lumpur yang lekat. Ini kerana jika banjir tersebut disebabkan oleh air laut, hakisan atau pengaratan boleh berlaku, sila rujuk pada juru elektrik anda.
Pastikan juga ketika ketika anda memasuki rumah anda buat pertama kalinya, anda tidak memegang sesuatu yang ada kaitan dengan api seperti lilin atau rokok. Jika terdapat kebocoran gas, anda dalam bahaya.
Sebelum kerja-kerja pembersihan pada litar dilakukan pastikan semua mentol lampu hendaklah dibuka dahulu. Periksa semua jalur pendawaian elektrik anda dan biarkan sehingga benar-benar kering. Kemudian, barulah anda peralih ke peralatan elektrik.
APAKAH PERATURAN ROSAK DISEBABKAN BANJIR?
Peraturan pertama, JANGAN nyalakan tanpa tindakkan pencegahan.
Peraturan kedua,PANGGIL pro untuk menilai
Peraturan ketiga, HATI-HATI dengan kuman dan kulat
Peraturan keempat, PASTIKAN alatan anda benar-benar kering.
Peralatan utama berikut mungkin anda boleh selamatkan atau fikirkan untuk diganti baharu.
Mesin Basuh.
Peralatan ini selalunya tahan air kerana fungsinya berkaitan dengan air. Ini kerana bahagian elektriknya di bahagian atas. Masalah mungkin akan disebabkan oleh bahagian motor yang terendam. Selalunya, jika anda membersihkan dan membiarkan benar-benar kering, risiko rosak dapat dikurangkan. Rujuk teknision anda.
- Setelah anda buka semua skru pada panel, bersihkan dari semua kekotoran bahagian luar dan dalam.
- Baringkan supaya semua lebihan air yang tertinggal dapat dikeluarkan.
- Biarkan pintu terbuka.
- Anginkan 3-5 hari atau sehingga benar-kering kering.
- Cuba hidupkan, cuba program yang asas.
Peti Sejuk
Jika peti sejuk anda tiada isu yang boleh membahayakan makanan akibat lama terendam di dalam air banjir, seperti terdapat pertumbuhan kulat dan sebagainya. Anda boleh rujuk pada teknision untuk dibaiki kerana kami tidak mengesyorkan anda membaikinya sendiri. Peti sejuk ada kaitan gas dan elektrik. Jika peti sejuk anda tidak menghadapi masalah serius, hanya bahagian kapasitor atau relay yang bermasalah. Jika peti sejuk anda lama teremdam di dalam air adalah dicadangkan diganti baharu, atas foktor keselamatan. Rujuk teknision anda.
- Setelah anda buka panel dan bersihkan semua bahagian dan nyah-kuman, gongcangkan sisi kanan, kiri, depan dan belakang untuk membuang lebihan air yang tertinggal.
- Anginkan 3-7 hari atau sehingga benar-benar kering. Ini juga bagi membolehkan minyak di dalam kompressor kembali terkumpul.
- Adalah dinasihatkan untuk menukar penapis udara pada peti sejuk jika peti sejuk anda berkeadaan baik, juga penapis air jika ada.
- Panggil teknision untuk memeriksa untuk memastikan ia benar-benar selamat.P
Peti Penyejuk Beku
Komponen dalam penyejuk beku berada dekat dengan lantai, jika insulasi atau penebatnya basah ia akan lambat kering walaupun alatan telah dipasang. Ini akan menyebabkan pertumbuhan kulat. Adalah tidak disyorkan untuk terus digunakan.
Television
Peralatan ini penuh dengan panel elektronik, apa yang anda boleh lakukan adalah
- Buka panel dan bersihkan luar dan dalam.
- Angin sehingga ia benar-benar kering.
- Biarkan pintu terbuka.
- Rujuk teknision untuk tindakkan lanjut untuk memastikan ia selamat.
Penghawa dingin/HVAC sistem
Panggil teknision yang ahli dalam bidang penghawa dingin. Jangan cuba untuk menyalakannya. Bagi sistem penghawa dingin selalunya jika tiada kebocoran gas kosnya tidak tinggi.
Pengguna HVAC SISTEM adalah dinasihatkan anda memanggil teknision anda bagi kerja-kerja pembersihkan bagi mengelakkan sistem anda dijangkiti kulat dan memeriksa litarnya.
Jika anda di dalam dilema sama ada mahu membaiki atau mengganti bagi alatan elektrik dan elektronik faktor berikut boleh dijadikan panduan:
- Masa : semakin lama teremdam semakin kecil peluang untuk diselamatkan.
- Jaminan: Selalunya jamin akan terbatal apabila terendam air.
- Kakisan: Kekotoran di dalam air banjir boleh menyebabkan kakisan walaupun ia nampak elok. Ia akan menyebabkan masalah pada masa hadapan.
- Umur: Jika peralatan anda telah mencapai umur emasnya adalah lebih baik anda melakukan proses penggantian. Ini akan membabitkan kos pembaikkan yang berpanjangan.
Kesimpulannya, JANGAN GUNAKAN PERALATAN DAN KEADAAN BASAH.
Jika anda tahu banjir akan melanda, tutup dan cabut semua soket dari dinding dan elakkan plug dari terkena air. Tutup suis utama dengan tangan kering. Jika anda tidak sempat, biarkan sahaja dan pindah ke tempat selamat. Tunggu sehingga air surut dan kering untuk memeriksa kerosakkan. Keselamatan anda lebih PENTING dari peralatan rumah anda. Ada perancangan rezeki dari sumber lain yang lebih baik untuk anda, siapa tahu?