CARA SIMPAN LAUK SEJUK BEKU, IKUT SARANAN DOKTOR

 

 


Mereka yang tiada masa untuk memasak setiap hari, jadi mereka akan terkejar-kejar masa untuk menyediakan juadah makan terutamanya makan malam. Keputusan mudah adalah membekukan lauk-pauk untuk hari-hari seterusnya. Kelebihannya adalah ia akan menjimatkan masa memasak terutamanya mereka yang masih mempunyai anak kecil dan punya sedikit masa rehat kerena tidak perlu 'bersilat' di dapur setiap hari. Ini juga salah satu cara mudah untuk belajawan dapur kerana telah ada list menu untuk seminggu.

Peraturan yang anda perlu ikuti adalah seperti berikut supaya nutrisi lauk disimpan itu akan diperlihara dan kekal nutrisinya:

  1. Anda memerlukan satu unit freezer yang baik dan terjangkau harganya. (ikut bajet anda)
  2. Pastikan makanan yang telah dimasak disejukkan, disimpan dan dibekukan di dalam masa kurang dari 2 jam.  
  3. Simpan makan di dalam bekas yang selamat untuk dibekukan dan mempunyai ciri-ciri di dalam gambar.
  4. Makanan dibahagikan untuk sekali makan sahaja. 
  5. Jangan panaskan semula makanan lebih satu hari dimasak, makanan ini tidak sesuai diberikan kepada golongan tua dan kanak-kanak. Ia sudah tidak segar dan mulai basi dan bakteria telah mula membiak.Lauk mentah juga tidak boleh dibiarkan lama di suhu bilik sebelum dibekukan.
  6. Makanan yang berada di dalam sejuk beku disarankan dihabiskan di dalam masa sebulan.
  7. Semasa proses nyah beku, lakukan di dalam unit pendingin.
  8. Makan yang dinyah bekukan adalah digalakkan dipanaskan dalam steamer. Jika boleh elakkan microwave. Ini kerana ada kajian yang mengatakan mutu dan khasiat makanan berkurang tetapi ada jika kajian tiada mudaratnya. Jadi kita "play safe" guna steamer.
  9. Makanan hanya boleh dibekukan, dinyah beku dan dipanaskan sekali sahaja. 

 

Nota: Makanan boleh dimasukkan ketika masih lagi panas tetapi ia akan meningkatkan penggunaan elektrik dan akan mengurangkan hayat freezer anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...