Motor pemacu (drive motor) mesin basuh adalah unit pusat yang menggerakkan keseluruhan peranti. Ia akan memutarkan drum dalam kegerakan melingkar dengan kecepatan tinggi untuk membasahi pakaian dengan air berlebihan. Tanpanya, tidak ada yang akan berfungsi. Sekiranya terdapat masalah pada mesin basuh anda, ia berkemungkinan bersumber atau disambungkan terus ke motor. Motor memberi kuasa kepada elemen dalaman mesin basuh yang berfungsi. Elemen ini termasuk alat pengaduk (agitator), kotak gear, pam dan klac.
Pemacu motor yang terlitar pintas, mesin basuh sentiasa berputar sehingga anda memutuskan sambungan bekalan kuasa utamanya dan mematikan operasi mesin basuh. Malangnya, anda biasanya tidak dapat memperbaiki motor pemacu yang rosak, anda harus menggantikannya. Sekiranya motor rosak, semua fungsi yang lain akan gagal.
5 tanda masalah motor mesin basuh yang paling biasa disenaraikan :
1. Mesin basuh tidak akan mengepam atau berputar
Berkemungkinan mesin basuh gagal mengepam air masuk serta keluar. Ini mungkin berlaku dengan motor masih bergerak. Jika ia tidak, ia berkemungkinan disebabkan oleh kegagalan suis penutup pintu. Suis ini berada berdekatan bingkai pintu di dalam mesin basuh.
Sekiranya ia rosak, ia mesti diganti.
2. Pam tetapi tidak berputar
Sekali lagi, suis penutup pintu boleh menyebabkan mesin basuh mengepam air tetapi tidak berputar. Penyebab lain yang mungkin berlaku ialah kerosakkan pengganding atau prarangkai (coupler). Ia adalah penyambung plastik atau getah yang bergabung dengan poros motor ke transmisi.
Penggantian adalah satu-satunya pilihan apabila ia rosak. Penyebab lain mungkin berlaku bermungkin termasuk tali pinggang/belt yang putus, klac yang usang atau motor pemacu yang tidak berfungsi.
Motor pemacu dirancang untuk bergerak dalam dua arah. Ia boleh terbakar apabila bergerak ke satu arah berterusan sambil terus bekerja. Malangnya, keseluruhan motor perlu ganti sekiranya ia gagal.
3. Mesin basuh tidak mengaduk/mengagitasi
Pengaduk atau agitator dirancang untuk menggerakkan pakaian di dalam air sebelum kitaran pemerahan (spin). Sekiranya mesin basuh tidak mengagitasi, masalahnya mungkin melibatkan banyak perkara :
- masalah suis penutup pintu
- belt atau klac yang telah usang
- pemacu motor atau takal (pully) telah rosak
- kerosakkan transmisi
Sekiranya klac sudah haus, adakalanya anda akan melihat bahan berwarna hitam di dasar bawah mesin basuh. Ini menunjukkan petunjuk bahawa klac perlu diganti.
4. Pakaian masih basuh
Selepas pusingan pemerahan, mesin basuh yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pakaian masih basah. Sekali lagi, ia mungkin akibat dari pengganding motor (coupler). Diagnosanya masalah mungkin berbeza di antara jenama. Sesetengah jenama, ia disebabkan oleh belt yang usang, sementara jenama yang lain disebabkan oleh klac yang sudah haus.
5. Masalah pada setiap kitaran
Mesin basuh yang tidak berputar, pengaduk atau melakukan setiap kitaran dengan lengkap mungkin mempunyai masalah pemacu motor yang rosak dimana ia harus diganti.
Pergeseran tuas klac automatik menyebabkan ia rosak dan gagal berfungsi. Masalah ini perlu diperbaiki oleh juruteknik yang berpengalaman.
Nasib baik! Masalah mesin basuh umumnya hanya terhad kepada beberapa komponen, yang kebanyakkannya bersambung dengan motor. Motor menggerakkan komponen yang membolehkan mesin basuh mengisi air, mengaduk, membilas dan mengalirkan keluar air. Walaupun beberapa bahagian yang kecil, murah dan mudah diperbaiki sendiri tetapi harus diingat bahawa beberapa kerja yang lebih rumit memerlukan pakar atau penggantian penuh komponen utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan