Sebelum memanggil teknision membaiki peti sejuk anda harus periksa perkara berikut:
Peti tidak sejuk langsung
Adakah plug peti terpasang dengan betul?
Periksa peti fius sama ada fius terbakar atau litar pintar?
Peti tidak cukup sejuk
Adakah kawalan di set pada suhu pada “Cold”?
Adakah sesuatu yang panas telah dimasukkan?
Terlalu banyak makanan?
Terlalu kerap buka pintu peti?
Pintu tidak rapat?
Makanan pada pendingin beku
Suhu di set pada “Coldest”?
Makanan dan sayuran yang mengandungi kelembapan tinggi diletakkan pada bahagian berdekatan saluran angin sejuk? Ia akan beku jika diletakkan di situ.
Muncul embun
Sila lap dengan kain kering jika :
Pintu tertutup rapat?
Kelembapan terlalu tinggi?
Pintu di buka tutup terlalu kerap dan lama?
Bahagian Luar
Apabila kelembapan terlalu tinggi diluar dan getah pintu bersalji, sila lap dengan kain kering
Bunyi bising
Pastikan peti diletakkan dipermukaan yang kukuh
Adakah peti bersentuhan dengan dinding?
Salji terbentuk dibahagian pembekuan
Terlalu banyak kiub ais dibuat di bahagian beku?
Pintu terbuka terlalu lama hingga kondensasi terjadi? Ini menyebabkan salji terbentuk.
Dalam peti berbau
Makanan berbau dimasukkan tanpa dibungkus atau ditutup dahulu?
Perkara ini bukan disebebabkan oleh kerosakan peti sejuk
Permukaan peti panas
Peti sejuk mencegah salji terbentuk dan radiasi paip panas.
Terutama dibahagian belakang apabila peti dihidupkan atau pintu dibuka terlalu kerap.
Aliran udara dua bahagian bertemu. Apabila satu ditutup, pintu satu lagi mungkin akan terbuka dengan tekanan angin. Ini fenomena biasa.
Bunyi seperti air mengalir dan air menggelegak adalah bunyi cairan penyejuk (refrigerant)
Bunyi pecah datang dari bahagian penyimpanan. Bunyi ini oleh geseran komponen disebabkan perubahan suhu.