PETI SEJUK : SEBELUM MEMANGGIL TEKNISION

 


Jika terdapat anugerah untuk perkakasan yang paling bekerja keras di rumah anda, kita perlu memberikannya kepada peti sejuk anda. Fikirkan tentang apa sebenarnya yang paling yang dilakukannya, ia berfungsi 24 jam sehari, 365 hari setahun memastikan makanan anda sejuk dan segar.

Berita baiknya ialah tidak semua daripada memerlukan pangilan perkhidmatan perkakasan yang mahal.

Sebelum memanggil teknision membaiki peti sejuk anda harus periksa perkara berikut:


Peti tidak sejuk langsung

  • Adakah plug peti terpasang dengan betul?

  • Periksa peti fius sama ada fius terbakar atau litar pintar?


Peti tidak cukup sejuk

  • Adakah kawalan di set pada suhu pada “Cold”?

  • Adakah sesuatu yang panas telah dimasukkan?

  • Terlalu banyak makanan?

  • Terlalu kerap buka pintu peti?

  • Pintu tidak rapat?


Makanan pada pendingin beku

  • Suhu di set pada “Coldest”?

  • Makanan dan sayuran yang mengandungi kelembapan tinggi diletakkan pada bahagian berdekatan saluran angin sejuk? Ia akan beku jika diletakkan di situ.


Muncul embun

Bahagian Dalam

Sila lap dengan kain kering jika :

  • Pintu tertutup rapat?

  • Kelembapan terlalu tinggi?

  • Pintu di buka tutup terlalu kerap dan lama?


Bahagian Luar

  • Apabila kelembapan terlalu tinggi diluar dan getah pintu bersalji, sila lap dengan kain kering


Bunyi bising

  • Pastikan peti diletakkan dipermukaan yang kukuh

  • Adakah peti bersentuhan dengan dinding?


Salji terbentuk dibahagian pembekuan

  • Terlalu banyak kiub ais dibuat di bahagian beku?

  • Pintu terbuka terlalu lama hingga kondensasi terjadi? Ini menyebabkan salji terbentuk.


Dalam peti berbau

  • Makanan berbau dimasukkan tanpa dibungkus atau ditutup dahulu?



Perkara ini bukan disebebabkan oleh kerosakan peti sejuk


Permukaan peti panas

  • Peti sejuk mencegah salji terbentuk dan radiasi paip panas.

  • Terutama dibahagian belakang apabila peti dihidupkan atau pintu dibuka terlalu kerap.


Jika pintu ditutup, pintu lain mungkin terbuka
  • Aliran udara dua bahagian bertemu. Apabila satu ditutup, pintu satu lagi mungkin akan terbuka dengan tekanan angin. Ini fenomena biasa.


Ada bunyi yang tidak normal?
  • Bunyi seperti air mengalir dan air menggelegak adalah bunyi cairan penyejuk (refrigerant)

  • Bunyi pecah datang dari bahagian penyimpanan. Bunyi ini oleh geseran komponen disebabkan perubahan suhu.


Setelah perkara di atas diperiksa, Hairil repair menawarkan diagnostik yang jujur dan profesional serta pembaikan peti sejuk yang cepat pada nilai yang saksama. Kami menawarkan perkhidmatan baiki peti sejuk juga mesin basuh di area Sungai Buloh, Shah Alam, Klang, Meru, Puncak Alam, Rawang, Kuala Lumpur, Gombak, Selayang, Sentul, Subang, Damansara, Petaling Jaya dan Kawasan Sekitarnya. Sila panggil kami di talian atau Whatsapp di www.wasap.my/+60166823585

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...