PETI SEJUK : 4 JENIS MASALAH EVAPORATOR

 

Kami menyediakan khidmat pembaikian peti sejuk disamping khidmat nasihat untuk anda. Sila hubungi kami di www.wasap.my/+60166823585 untuk pertanyaan dan sebut harga, 
 






















Evaporator normal akan kelihatan seperti gambar di atas. Diagnasa peti sejuk dapat dilakukan dengan melihat keadaan salji yang terbentuk pada bahagian evaporator. Teknision akan kesukaran menjawab anda sebelum melihat bahagian ini. Ini kerana bahagian ini akan memberi jawaban kepada masalah peti sejuk #kurang sejuk atau #tidak sejuk langsung tetapi bahagian pembekuan masih berfungsi.


KELEMBAPAN TERSUMBAT DI DALAM PETI SEJUK


Ini berlaku apabila kelembapan masuk ke dalam sistem peti sejuk melalui tiub kapilari peti sejuk, ia akan menyumbat sistem kapilari paip. Ini akan menyebabkan overheat pada peti sejuk. Apabila anda mematikan peti sejuk, sumbatan ais pada bahagian paip kapilari yang beku akan mencair dan akan memasuki sistem kompressor. 

Apabila air tercampur di dalam sistem kompressor membentuk asid yang akan menghasilkan proses degradasi minyak dan oksidasi komponen dari bahan logam. Proses degradasi minyak berlaku minyak kompressor akan kehilangan fungsi sebagai pelincir. Ini memaksa kompressor bekerja keras dimana komponennya sangat memerlukan pelincir. Sesetengah kes, terdapat peningkatan dalam pemakaian tenaga yang mengakibat kepanasan melampau dan mengganggu kitaran perlindungan thermal. Terdapat juga kes yang merosakkan motor bahkan kebakaran. Selain dari itu, ia meningkatkan kadar kehausan crankshaft dan rod pengambung, akibatnya compressor locked. Selain itu, kelembapan yang mencemarkan minyak kompressor juga mengakibat cylinder head dan valve berkarbonisasi.

Perkara berikut harus ditukar:
1. Kompressor
2. Filter dryer
 

PEMBEKUAN PADA PAIP SAHAJA



Suhu - termostat defrost diaktifkan mengukur suhu evaporator dan setelah mencapai suatu suhu yang ditunjuk untuk menghangat dan mencairkan evaporator. Ketebalan frost akan diukur secara inframerah untuk menentukan seberapa banyak frost terbentuk dan mengaktifkan elemen pemanas setelah mencapai ketebalan tertentu. Apabila ia rosak, bahagian pendingin akan menjadi lebih suam.
Apabila peti menjadi kurang sejuk perkara yang harus memeriksa:
Adakah salji nya menempel di bahagian paip atas sehingga kipas evaporator sehingga ia tidak boleh berputar? Ini akan mengganggu aliran udara sejuk beredar.
Adakah salji yang terbentuk dibahagian paip atas evaporator dan dibahagian bawahnya normal dan jari yang basuh akan terlekat pada paip?
Ini adalah tanda awal bagi masalah sensor defrost dan yang paling buruk adalah masalah kebocoran gas. Jadi anda harus memeriksa tanda-tanda kebocoran pada peti sejuk.

Perkara yang perlu difikirkan:
1. Periksa kebocoran.
2. Ganti sensor defrost 

PEMBEKUAN SEPENUHNYA EVAPORATOR (LEMBUT/KERAS)





Peti sejuk sepatutnya mencairkan evaporator secara automatik setiap 8 jam atau lebih. Jika berlaku masalah pada sistem defrost, salji akan terbentuk dan menghalang atau menyumbat saluran udara sejuk dari bahagian pembekuan ke bahagian pendinginan, menyebabkan peningkatan suhu bahagian pendingin.
Sistem defrost mempunyai 4 bahagian perlu diambil perhatian iaitu:
1. Papan kawalan elektronik akan memulai kitaran dan mengatur berapa kerap ia akan digerakkan.  Jika kawalan gagal, peti sejuk anda tidak akan didefrost secara automatik. Periksa kelancaran di antara papan kawalan elektronik dengan sistem defrost.
2. Thermistor atau sensor suhu defrost, mengesan suhu evaporator dan menghantar signal ke papan kawalan elektronik. Jika ia menghantar suhu yang salah, papan kawalan elektronik tidak akan menghidupkan heater defrost. 
3.Defrost heater akan berfungsi mencairkan salji pada sirip evaporator. Jika heater rosak, salji tetap berada akan di evaporator sehingga menebal. Anda harus memaksa peti sejuk berada di dalam defost mode untuk menguji sistem heater sama ada ia masih berfungsi atau tidak. 
4.Defrost bi-metal thermostat.harus diuji . Jika ia rosak, heater juga tidak akan berfungsi kerana tidak menghubungkan sistem kawalan dengan sistem heater.
5. Internal kipas motor. Ia juga harus diuji untuk memastikan ia boleh berfungsi untuk menghembuskan udara sejuk ke bahagian pendinginan.
6. Getah pintu juga adalah penyebab utamanya, ini kerana udara tidak dapat dikunci dengan sempurna. Jika terdapat celah di antara pintu dan kabinet akan menyebabkan kitaran pendinginan melemah.


PEMBEKUAN SEDIKIT ATAU TIADA LANGSUNG.





Peti sejuk berfungsi secara normal apabila tiub kapilari dan kondensor mampu melancarkan kitaran pemampatan wap tekanan tinggi dan rendah dengan lancar iaitu menukarkan udara panas kepada udara sejuk dan sebalik setiap masa. Semasa proses ini, kompressor harus menjalankan tugasnya dengan baik.Ia harus melancarkan gas penyejukkan dalam jumlah yang besar. Apabila ia tersumbat pada sisi tekanan tinggi dari tiub kapilari atau tekanan rendah dari kondensor, suhu tidak dapat ditetapkan pada suhu yang sepatutnya. Antara perkara berikut harus anda perhatikan.
 
Salji terbetuk pada bahagian outlet kondenser, kapilari tiub dan filter dryer. Ini bermaksud telah berlaku gejala separa sumbatan. Ini berlaku apabila ada serpihan yang melepasi filter dryer. Sumbatan boleh dikesan dengan memeriksa apabila input arus, arus menjadi tinggi daripada normal dibahaian sumbatan. 
Anda harus melakukan proses flushing gas untuk membuang sumbatan. Anda juga mungkin harus mengganti komponen kompressor dan filter dryer. 

Terdapatnya kebocoran gas. Salji di evaporator kurang dari kitaran normal apabila berlaku kebocoran gas. Pengesan kebocoran atau buih sabun akan mengesannya jika ini berlaku.Anda juga harus memeriksa jika ada minyak yang mengalir pada bahagian bocor pada sambungan evaporator. Anda mungkin juga harus mengganti komponen kompressor dan filter dryer.

Salji terbentuk pada paip sedutan pada kompressor. Ini terjadi apabila gas penyejuk secara berlebihan telah caj.Anda harus menukar kembali gas penyejuk ke isipadu yang betul.  Setiap kompressor mempunyai isipadu sukatan caj gas penyejuk yang telah ditetapkan. Anda juga harus mengganti komponen kompressor dan filter dryer.





Tiada salji terbentuk pada kondenser outlet, tiub kapilari, filter dryer dan pada paip sedutan kompressor dan tiada tanda kebocoran gas. Perkara ini adalah disebabkan pemampatan kompressor melemah. Anda mungkin harus mengganti kompressor dan filter dryer.


Nota: Perkara yang membabitkan dalam caj masuk gas adalah disarankan anda memanggil teknision professional yang anda percayai untuk melakukan perkara ini. Kesilapan dalam proses akan menyebabkan letupan terjadi kerana ia membabitkan penggunaan gas. 
Selain itu, jika anda bukan anda bukan ahli di dalam pemasangan sistem elektronik adalah tidak digalakkan anda melakukan DIY sendiri. Ini kerana setiap harus harus dibaca sebelum menentukan kerosakkannya. Apabila berlaku kesalahan di dalam pengiraan, punca masalah tidak akan diselesaikan tetapi anda mengganti komponen yang tidak perlu. 
Komponen elektronik bertindak melalui sistem litar yang menghantar signal untuk menggerakkan komponen lain. Apabila anda mengganti komponen yang salah, komponen baru yang anda ganti pasti akan terbakar atau terpintas juga.
Peti sejuk moden mempunyai sistem mode yang tersendiri, apabila anda tidak mengaja menukarkannya, suhu di dalam peti sejuk anda akan terkesan terutama mode automatik defrost. Jika, anda bukan ahli dan meminta nasihat dari yang bukan ahli, akhirnya anda menukar seluruh komponen elektronik tetapi masalah tidak juga selesai.


PETI SEJUK : CARA MENGETAHUI KOMPRESOR ROSAK?

 


www.wasap.my/+60166823585

Kesemua peralatan yang elektronik yang kita miliki di rumah, kita amat bergantung sekali dengan peti sejuk. Bangun pagi sahaja kita akan membuka peti sejuk untuk meminum jus atau susu. Pada waktu menjelang tengahari, kita akan mengambil produk segar untuk dimasak. Kita akan bergantung pada peti sejuk untuk mengekalkan kesejukkan dan produk makanan kita tetap segar dan selamat untuk dikomsumsi atau digunakan.

Jadi, apabila di dalam peti sejuk anda yang berkerja 24/7 tanpa merungut mulai suam, tidak sejuk atau kurang sejukair mengalir keluar atau tiba-tiba daripada diam menjadi mesin yang paling bising atau langsung diam tanpa suara seperti mahu berhenti dari tugasnya. Tetapi sebelum anda memanggil teknision diagnosa dahulu peti sejuk anda.

Apabila peti sejuk menjadi tidak sejuk ada sepuluh kemungkinan komponen yang rosak bukan disebabkan oleh kekurangan gas atau kebocoran. Kompressor adalah diantaranya.

Kompressor adalah jantung pada operasi sistem penyejukkan. Kini, kompresor diletakkan di dalam unit tertutup dibahagian bawah, belakang pada kebanyakkan peti, menggabung motor dan kompressor sebagai satu unit. Ia akan memampatkan gas penyejuk sebelum menghantar ke condenser coil dibelakang peti sejuk, dimana ia akan menukarkan kepanasannya dengan udara persekitaran.

Q: Bagaimana mengetahui kompresor rosak atau bakal rosak?

A: Cara terbaik mengetahui jika ada yang tidak kena dengan kompressor adalah menarik sedikit peti sejuk keluar dari dinding dan teliti perkara berikut pada kompresor anda dan jika menunjukkan tanda: 

1. KOMPRESSOR AKAN SENTIASA HIDUP

Salah satu tanda adalah ia akan sentiasa hidup tetapi dibahagian pendingin dan pembekuan tidak mencukup julat suhu yang diperlukan. Kondisi ini akan menyebabkan kehilangan gas penyejukkan dalam sistem penyejukkan atau injap atau valve komperossor mungkin sudah rosak. 

2. PETI SEJUK MEMUTUSKAN/TRIP PEMUTUS LITAR ARUS (CB)

Sesekali peti sejuk akan memutuskan arus pada pemutus litar (Circuit Breaker) apabila ia dihidupkan adalah tanda kompressor rosak. Sebelum itu anda juga harus memeriksa pendawaian rumah anda juga. Setiap motor elektrik akan menarik 5 ke 6 kali arus operasi apabila ia mula dihidupkan. Semakin lama umur kompressor, ia akan meningkatkan masa yang diperlukan untuk mencapai kelajuan operasi dan ini akan memanjangkan tempoh masa arus masuk. Ini akan menyebabkan pemutus arus atau CB trip sesekali.

3. OPERASI MENJADI BISING

Bising sering dikaitkan dengan kegagalan kompresor. Bearing atau valve mulai rosak akibatnya bunyi bising bertambah. Apabila masalah bearing, bunyi selalunya akan digabungkan dengan pengambilan arus yang mengakibatkan trip sesekali. Apabila valve penyebab masalah bunyi, bunyi akan menggabungkan masalah kegagalan untuk mencapai kesejukkan yang diperlukan. Kompressor dengan masalah kegagalan bearing akan menjadikan peti panas dan menyebarkan bau minyak panas akibat dari wayar atau kabel overheated.


Apabila compressor gagal berfungsi, faktor pertama yang anda harus fikirkan adalah kos. Apabila kosnya penggantiannya dinilai berbaloi atau tidak? Jika, ia mendekati bajet pembelian baru untuk anda, tidak perlu dibaiki. Jika, ia model yang masih baru dipasaran atau dilengkapi dengan sistem pembuatan ais, mungkin berbaloi dibaiki. Sebelum itu, periksa dahulu janji tempoh jaminan pembelian anda. 

Anda juga boleh meminta pendapat dari kami di www.wasap.my/+60166823585 atau diagnosa dahulu diagram berikut sebelum mengembil keputusan. Click Link

Video kami tentang penggantian kompressor.

 


PETI SEJUK : 6 SEBAB BERBUNYI BISING

www.wasap.my/+60166823585 

Peti sejuk yang sempurna adalah apabila ia bekerja tanpa membuat bunyi. Pada sisi lain, ia akan membuat bunyi bip menunjukkan ada sedikit masalah di dalam sistemnya. Ia mungkin masalah kecil yang anda boleh selesaikan sendiri, tanpa membabitkan profesional atau pembaikan yang rumit.

Pertama, anda harus memeriksa buku panduan manual bagi memahami punca masalah dan apa yang anda harus lakukan. Jika anda tidak dapat informasi yang berkaitan. Hanya matikan suis selama beberapa saat dan hidupkan suis semula. Jika ia hanya masalah kecil, peti sejuk akan berhenti dari berbunyi bip.

Jika sekiranya, ia masih berbunyi, berikut adalah cara pemeriksaan ringkas:

1. Periksa jika bahagian pendingin dan beku diisi terlampau penuh.

 


Terlampau penuh dalam pengisian barang di rak penyimpanan menyebabkan pintu tidak ditutup rapat dan akibatnya peti sejuk mengeluarkan alarm bunyi.

2. Periksa getah pintu peti sejuk.


 

Apabila getah pintu telah longgar atau rosak, ia akan menyebabkan gangguan kerana udara tidak dikunci di dalam peti sejuk dan pintu tidak ditutup rapat. Ia juga mungkin disebabkan getah pintu kotor. Jadi, bersihkan dengan kain lembut dan air sabun yang suam.

Sekiranya pintu masih kelihatan terbuka, getah pintu harus diganti atau mungkin juga penggera pintu yang terbina didalamnya telah tersekat. Ia akan berbunyi juga pintu didapati terbuka lebih dari beberapa saat. 

 3. Periksa keseimbangan peti sejuk

 


 Peti sejuk berfungsi dengan baik apabila dikedudukan yang rata. Walaupun dengan sedikit kecondongan pada struktur peti sejuk akan mematikan penggera bunyi.

Kiri ke kanan, peti sejuk mestilah rata. Depan ke belakang, sudut mestilah minimum. Secara amnya, pengeluar mencadangkan bahagian depan peti sejuk lebih tinggi kira-kira 0.25 hingga 0.5 inci ( 6 mm hingga 13 mm) daripada bahagian belakang.  

4. Periksa bahagian luar peti sejuk lebih panas dari biasa.

 


Periksa jarak di antara peti sejuk dan dinding cukup untuk membolehkan pengudaraan yang betul. Jika peti sejuk masih panas lebih dari biasa, minta teknision memeriksa masalahnya jika bunyi bip berterusan. Matikan peti sejuk, pindahkan barangan ke tempat lain.

5. Periksa bahagian beku. 

 


Jika peti sejuk anda tidak mempunyai fungsi pencairan automatik maka penumpukan ais yang berlebihan akan menyebabkan penggera dibunyikan. Matikan atau defrost, tunggu sehingga ais yang berlebihan mencair dan bersihkan. Setelah ais mencair sepatutnya bunyi bip akan berhenti.

6. Minta teknision memeriksa papan litar.

 


Ia juga mungkin daripada masalah papan litar. Sekiranya demikian, kemungkinan besar komponen atau papan litar harus diganti.  

 

Peringatan: Peralatan harus diselenggara secara berkala mengikut panduan manual pengeluar. Jika perkakasan anda tidak berfungsi dengan optimun.Langkah pencegahan awal atau pembaikian harus dilakukan agar tidak mendatangkan masalah kepada komponen lainnya. 

Peti sejuk : Getah Pintu

  Tanda Getah Pintu Peti Sejuk Rosak Jika getah pintu peti sejuk rosak, terdapat beberapa tanda yang jelas menunjukkan masalah tersebut. Ber...