PETI SEJUK : BAGAIMANA MENGUJI START RELAY

www.wasap.my/+60166823585 https://www.facebook.com/shahalam.klang.sungaibuloh.rawang.bdamansara

www.wasap.my/+60166823585 @ Hairil Repair

 Peti sejuk tidak bekerja sepanjang masa. Ia akan ON dan Off semasa kitaran pendinginan, untuk mengekalkan suhu di dalam peti. Tujuan ini memerlukan kompresor dihubungkan ke sistem, jadi start relay diperlukan. Ia bertanggungjawab membekalkan tenaga ke unit. Relay beroperasi dengan arahan on/off. Apabila peti sejuk harus dibaiki, bagaimana mengetahui ia harus diganti?

Bagaimana menguji start relay?

Salah satu simpton relay telah rosak adalah apabila peti sejuk memanas dan ada satu bunyi klik akan didengari. Sebelum mengganti relay yang baru, uji dahulu sama ada ia adalah salah satu puncanya.

UJI KOMPRESOR START RELAY

1. Putuskan bekalan peti sejuk. Ini adalah amalan keselamatan yang anda harus patuhi. Kita akan bekerja di sisi bahagian belakang peti, peralatan seharusnya tidak mempunyai sambungan tenaga.

2. Keluarkan sambungan relay. Buka penutup pelindung kompresor. Perlu diingat, jangan cabut wayarnya tetapi penyambungnya. Keluarkan relay dari tempatnya. 

Nota: Jika ada tanda-tanda kakisan pada relay, pilih ganti yang baharu.

3. Kenal pasti model start relay peti seejuk anda. Sistem elektrik peti sejuk dikenalpasti mengikut voltan, frekuensi dan operasi sokongan kompresor. Terdapat pelbagai jenis relay yang berbeza.

4. Lakukan ujian dengan multimeter.


ELECTROMECHANICAL RELAY EM

Langkah 1 : Dengan kedudukan relay dalam mena-mana kedudukan, periksa                                              kesinambungan terminal 1 dan 2 . Jika tiada, tukar relay.
Langkah 2 : Dengan posisi relay menegak, koil relay ke atas, periksa kesinambungan                                terminal 1 dan 3. Jika tiada, tukar relay dan ulang langkah 1.
Langkah 3 : Dengan posisi relay menegak, koil relay ke bawah, periksa kesinambungan                             terminal 1 dan 3. Jika ada, tukar relay.


ELEKTROMECHANICAL RELAY F, EG DAN PW

Langkah 1 : Dengan posisi relay menegak, koil relay ke bawah, periksa kesinambungan                             terminal 10 dan 11. Jika ada, tukar relay.
Langkah 2 : Dengan posisi relay menegak, koil relay ke atas, periksa kesinambungan                                terminal 10 dan 11. Jika ada, tukar relay dan ulang langkah 1.

RELAY PTC

Langkah 1 : Dengan bantuan ohmmeter, ukur ohmic resistance diantara terminal 2 dan 3,
                    Pada suhu persekitaran, nilai seharusnya seperti dibawah:

Relay PTC
Relay PTC 8EA 1B1X – 2.8 to 5.2 Ω; 
Relay PTC 7M4R7XXX / 8M4R7XXX / 8EA14CX– 3.8 to 5.6 Ω;
Relay PTC 8EA4BX / 8EA3BX / 8EA21CX – 3.5 to 6.5 Ω; 
Relay PTC 8EA5BX – 14 to 26 Ω; 
Relay PTC 7M220XXX / 8M220XXX / 8EA17CX – 17.6 to 26.4 Ω. 

Bagaimana menukar start relay?

Terdapat pelbagai jenis relay seperti yang telah dinyatakan. Apabila ada keperluan untuk ditukar, jangan cuba untuk menaik taraf atau menggunakan cara pembaikian yang tidak disyorkan. Ini akan mengakibatkan masalah seperti kebakaran kompresor. Selalu periksa helaian mekanikal kompresor dan cara penukaran start relay.

1. Keluarkan Start relay. 
Selepas lokasi relay dikenalpasti, keluarkan dan beri perhatian pada warna dan wayar disambungkan.

2. Masukkan relay baharu. 
Sambungkan pada output wayar yang betul. Selalunya relay ada 2 pin di atas dan pada pelindung thermal di pin bawah. Masukkan relay dan tekan  untuk mengetatkannya ke  kompresor.

3. Pasang semula pelindung kompresor. 
Pasang semula pelindung dan skrukan semula semula bahagian yang telah anda buka. Sambung semula bekalan tenaga ke peti sejuk anda!


Sebilang peti sejuk menggunakan thermistor PTC untuk memulakan pemampat dan yang lainnya menggunakan relay. Apakah kelebihan dan kekurangan pendekatan tersebut?


Kedua-dua kaedah menukarkan arus secara singkat ke belitan motor kedua. Lingkaran pemula (Start winding) membuat medan magnet berputar. Setelah motor bekerja, ia tidak lagi diperlukan, jadi arus pemula diputuskan sama ada oleh relay atau termister yang memanaskan dan berjalan merintangan tinggi. 

PTC murah dan senyap tetapi memanas dan tetap panas, bukan kelebihan besar untuk peti sejuk. Ia memerlukan sedikit masa untuk menyejuk ketika kuasa dipadam, jadi masa rehat yang panjang untuk motor berhenti tetapi terlalu pendek untuk termistor menyejuk mungkin membiarkan motor terhenti. 

Relay tidak mempunyai masalah ini dan jarang gagal tetapi ia memerlukan kos yang lebih tinggi.


Jika anda bukan ahlinya tidak mempunyai peralatan pengujian bermungkinan diagnosa salah. Kami sedia membantu anda dengan menghubungi talian +60166823585 (Hairil) untuk maklumat lanjut.

Kesimpulannya, start relay peti sejuk adalah peranti  jump-start  atau yang mengambil tindakkan awal bagi mulakan komproser. Sekiranya, start relay peti sejuk terbakar, kompresor mungkin tidak berfungsi dan bahagian dalam peti sejuk tidak akan mendingin atau membeku. 

WAKTU TERBAIK MEMBELI PETI SEJUK ATAU PERALATAN RUMAH

 



BILAKAH WAKTU TERBAIK MEMBELI PERALATAN DI MALAYSIA?

Adakah anda merancang untuk membeli peti sejuk baharu? Apabila ia tentang perkakas rumah anda, alat ini tidak boleh menjadi dorongan dari hati. Anda perlu meluangkan masa untuk menganalisis semua keadaan yang memenuhi keperluanan anda.

Faktor mendapatkan harga murah adalah sudah tentu! Masa adalah faktor yang sangat besar. Terdapat bulan-bulan tentu setiap tahun di mana pekedai sangat memerlukan pelanggan.

Bulan-bulan ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan peralatan dengan harga berpatutan. Dalam artikle ini kita akan bincangkan bila anda harus meletakkan peti sejuk pada tawaran yang bagus.


SEMASA MODEL BAHARU DILANCARKAN

Banyak pengeluar melancarkan model peti sejuk baharu di antara bulan Mar dan Mei. Ketika waktu ini, harga versi lama akan jatuh kerana alasan ekonomi yang jelas.

Pertama, peniaga akan berminat untuk memindahkan inventori tahun sebelumnya. Oleh itu, mereka akan menjual perkakas dengan potongan harga kerana pelanggan akan segera datang untuk model terbaharu.

Oleh itu, ini adalah masa terbaik untuk anda mencari peti sejuk yang anda mahukan selama bertahun-tahun. Bergantung pada pembekal, anda boleh mendapatkannya dengan harga hampir separuh dari harga asal.


MENJELANG AKHIR BULAN

Setiap perniagaan mempunyai sasaran yang harus mereka capai setiap bulan. Sekiranya tidak, mungkin agak sukar mereka untuk menyelesaikan semua bil dan gaji pekerja.

Menjelang akhir bulan, beberapa kedai mungkin terdesak untuk memenuhi kuota meraka. Oleh itu, mereka akan bersedia akan berkompromi dengan harga produk mereka. Rebutlah peluang ini dan dapatkan peti sejuk berkualiti dengan harga yang berpatutan.

MENJELANG HUJUNG MINGGU

Ini lebih kurang mengenai harga dan berkaitan dengan kesesakan. Oleh kerana kebanyakan orang akan berbelanja pada hujung minggu, lebih baik anda mengunjungi kedai pada hari Rabu dan Khamis. Cara ini, anda akan lebih banyak masa meneliti model yang ada tanpa menyusahkan pelanggan lain. 

Kebanyakan petugas akan bebas dan anda juga boleh mengajukan seberapa banyak soalan mengenai peralatan juga anda mungkin dapat membeli lebih baik pada tawaran yang bagus.


SEMASA PERCUTIAN HARI PERAYAAN BESAR

Ini yang selalu dinantikan oleh kebanyakan orang. Jika anda tidak sedar, anda akan kehilangan tawaran hebat.

Semasa perayaan besar ketika semua orang bercuti, kedai mungkin memutuskan untuk mengurangkan harganya. Perkara terbaik mengenai ini adalah anda mempunyai sepanjang hari untuk mencari peti sejuk anda.


KESIMPULANNYA

Mencari kedai terbaik untuk membeli peti sejuk adalah satu perkara tetapi hendak membeli peti sejuk juga adalah perkara penting. Sekiranya anda tidak merancang awal jadual terlebih awal, maka anda mungkin membeli apa yang  anda mahukan bukan yang anda perlukan. 

Harus diingat, alat ini anda akan gunakan bertahun-tahun. Oleh itu, membeli model atau ukuran yang salah adalah bencana. 

PETI SEJUK : GEJALA KEBOCORAN GAS

www.wasap.my/+60166823585

Freon adalah komponen biasa di dalam peti sejuk moden. Bahan ini digunakan untuk memindahkan haba dari bahagian dalam peti sejuk dan memastikan makanan dan minuman sentiasa di dalam suhu yang sepatutnya. Sementara penyejuk freon direka untuk sistem tertutup, mungkin sahaja terjadi kebocoran dan ini tidak hanya mengganggu kesegaran makanan tetapi ia mempunyai dampak negatif terhadap kesihatan anda. Ini kerana di dalam jangka panjang, gegelung tembaga ini mungkin akan mereput atau bocor dan kebocoran gas terjadi. Freon ini mempunyai bau manis, aroma kloroform, jadi ia boleh jadi bau kimia yang anda cium.  

Bagaimana mengetahui ada kebocoran gas pada peti sejuk?

Ada lima (5) petanda bahawa gas telah bocor atau keluar dari peti sejuk.

1. Makanan anda akan terasa lebih suam. 

Sebelum makanan anda menjadi rosak, anda harus menjalankan pemeriksaan, mengetahui masalah dan mengatasinya dengan betul secepat mungkin.

2. Motor Kompresor Sentiasa bekerja.

Apabila suhu di dalam peti sejuk anda meningkat, kompresor dan kondenser akan mengalirkan freon untuk mengembalikan suhu turun pada julat yang sepatutnya. Apabila kebocoran berlaku, motor akan dipaksa bekerja lebih lama untuk mencuba mengimbangi jumlah penyejuk yang salah. Ini akan menempatkan motor di bawah tekanan yang berlebihan, yang dapat menyebabkan risiko kerosakan lebih besar.

3. Bil Elektrik Lebih Tinggi

Seperti dinyatakan di atas, kebocoran gas penyejuk akan menyebabkan motor menggunakan lebih banyak tenaga untuk bekerja jangka waktu yang panjang dan lama. Ketika peti sejuk bekerja keras, ia menggunakan tenaga dengan banyak dan terlebih banyak. Ini akan memaksa peti sejuk menambah penggunaan tenaga elektrik. Jika anda perasan, bil elektrik anda mula melonjak tanpa sebab munasabah, ini adalah gambaran bagi anda memeriksa peralatan rumah anda bagi langkah pencegahan sebarang masalah atau kerosakkan.

4. Bau Pelik

Freon atau jenis penyejuk lainnya, menyeluarkan bau yang hampir hapak terutama peti sejuk anda diletakkan pada ruangan tertutup. Naluri akan berfikir bahawa ada makanan yang telah rosak di dalam peti sejuk anda tetapi anda tidak dapat mengesan sumber bau aneh itu. JANGAN abaikannya dan periksalah bahagian belakang peti sejuk mungkin terdapat kebocoran pada salurannya.

5. Penyakit Tidak Jelas Punca

Jika terdedah pada jangka masa lama dan berpanjangan, anda akan mengalami loya, sakit kepala, pingsan atau gejala lain. Sekiranya, anda berasa tidak sihat dan tidak mengatahui mengapa? Anda haruslah mempertimbangkan sama ada anda telah terdedah kepada freon atau gas penyejuk lainnya.

Freon boleh menjadi masalah bagi mereka yang mempunyai sejarah masalah jantung kerana kepekatan yang sangat tinggi dapat menyebabkan berdebar-debar dan arrhythmia. Berita baiknya, tidak ada akibat kesihatan jangka panjang yang serius daripadanya walaupun ia diketahui boleh menyebabkan kerosakan organ atau bertindak sebagai carcinogen. Namun, tiada gunanya menderita secara tidak perlu. Jika anda mengesyaki kebocoran gas, periksa peti sejuk anda.

Pemeriksaan masalah kebocoran freon/gas penyejuk 

Perhatian : Jangan gunakan pengesan kebocoran hologen, ia mungkin akan menjadi sumber penyalaan.

Titik pemeriksaan anda terbahagi kepada dua bahagian iaitu pada sisi tekanan rendah iaitu ketika kompresor terhenti dan sisi tekanan tinggi iaitu ketika operasi kompresor. Cara mengesan kebocoran adalah seperti berikut:

1. Periksa kebocoran minyak dengan penglihatan atau sentuhan.

Lihat ke bahagian brazing atau pemeterian pada sambung evaporator. Adakah minyak ditemui keluar pada bahagian kebocoran? 

2. Periksa menggunakan cairan pengesan kebocoran gas iaitu air sabun.

Beri perhatian ketika memeriksa menggunakan air sabun, ini kerana ia mungkin akan disedut jika operasi sisi tekanan rendah. Pastikan apabila anda menggunakan air sabun, lap sepenuhnya setelah selesai.

3. Periksa menggunakan alat pengesan gas yang mudah terbakar.

Pengesan ini akan membuat bunyi klik jika tiada gas dikesan tetapi akan membuat bunyi bising dan indikatornya juga akan menyala apabila ia mengesan area terdapat kebocoran yang mungkin tidak dapat dilihat secara langsung.

Nota: 

Apabila anda ingin mengesan kebocoran ketika pada sisi tekanan rendah. Pemeriksaan haruslah dilakukan setelah kompresor dihentikan dan pintu pada bahagian sejuk beku telah dibuka selama 15 minit.

 

Kesimpulannya:

Sekiranya, anda mengalami masalah dengan peti sejuk anda dan mengesyaki ia disebabkan oleh kebocoran freon atau gas penyejuk, anda boleh bergantung kepada pakar pembaikian perkakas rumah profesional anda untuk memberikan penyelesaian jangka waktu panjang @www.wasap.my/+60166823585.


PETI SEJUK : HARUSKAH IA BERADA DI LITAR TERPISAH?

 


Semasa merancang, mengubahsuai atau hanya mengatur semula bahagian dapur, kuasa elektrik sering menjadi komponen utama harus dipertimbangkan. Kemudahan utiliti dapur ketuhar gelombang mikro sebagai contoh, boleh menjadi aliran bebanan elektrik yang kuat dan peti sejuk adalah penarik aliran elektrik yang berterusan. Sekiranya anda ingin mengubahsuai atau menukar litar elektrik dapur anda, anda harusberbincang dengan juruelektrik profesional yang bertauliah,

Walaubagaimanapun, berikut adalah perkara asas untuk anda memahami prosesnya dan mengapa peti sejuk harus berada di dalam litarnya sendiri. 

Peti sejuk hendaklah dipasang ke dalam litar 120-volt sendiri, 20 amp. Litar mesti mempunyai perlindungan AFCI (arc-fault circuit interrupting), dan perlindungan GFCI (ground-fault circuit interrupting). Selain itu juga, diperlukan jika plug berada dalam lingkungan 6 kaki dari singki atau di garaj atau ruang bawah tanah. Anda boleh menyediakan kedua-duanya dengan outlet tunggal atau dengan memasang pemutus AFCI /GFCI.

Malaysian Stardard Electrical Code Of Practice

Minimum Energy Perfomance Standard (MEPS) di Malaysia, mengemukakan standard yang harus dipatuhi oleh juruelektrik profesional untuk menjaga keselamatan kerja elektrik. Dalam kes ini, keseluruhan amalan terbaik elektrik akan membentuk cara pendawaian di dapur. Minimum keperluan bagi pemeringkatan adalah 2 bintang.

Sebilangan besar peti sejuk beroperasi di antara 3 amp ke 6 amp tetapi ini mewakili operasi normal dan kitaran sistem penyejukan. Peti sejuk boleh melonjak pada penggunaan puncak sehingga 15 amp dan itu harus dirancang oleh juruelektrik supaya senario terburuk tidak berlaku dan mengikut spesifikasi bekalan elektrik awam dan standard MEPS.

 Ciri-ciri bekalan elektrik awam

Bekalan elektrik awam mempunyai ciri-ciri berikut:

Voltan: 240 Va.c. untuk sistem fasa tunggal

415 V a.c. untuk tiga fasa 4-wayar sistem

Variasi adalah + 5% dan - 10%

Kekerapan: 50 Hz ± 1%

Sistem pendawaian: TT -sistem (pengguna perlu mendirikan bumi sendiri)  

Kuasa Untuk Peti Sejuk

Kuasa harus diukur di dalam watt, adalah jumlah tenaga sebenar yang digunakan oleh sebahagian besar model peti sejuk. Sebilangan model peti sejuk boleh menggunakan antara 100 hingga 250 watt, antara 1 hingga 2 kilowatt per jam. Sebilangan besar model peti sejuk moden diberi nilai tenaga, yang bermaksud anda mungkin dapat mencari maklumat khusus untuk model dengan tepat di dalam talian atau dari manual produk.

Berdasarkan Peraturan Tenaga Elektrik 1994 (Perubahan 2013) Peraturan 101A (3) 

"Setiap peralatan yang memenuhi persyaratan elektrik yang efisien dibawah sub peraturan (1) harus dilekatkan dengan label pemeringkatan kecekapan dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya."

Semua pengeluar dan pengimport, mesti melekatkan Label Kecekapan Tenaga pada produk sebelum dijual kepada pelanggan.


  Masalah Dengan Kejutan Elektrik

Mengapa fius meletup atau pemutus arus menendang? 

Pertama sekali, lonjakan elektrik yang tidak betul boleh terjadi dari masa ke semasa, penendangan yang berulang dari pemutus menunjukkan masalah pasti dalam sistem pendawaian elektrik. Masalah elektrik boleh menjadi sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kebakaran, letupan elektrik dan juga kematian.

Sekiranya, litar tertentu mengalami masalah berulang, inilah masanya untuk melihatnya sebelum keadaan bertambah buruk.

Mengapa Melindungi Peti Sejuk Anda?

Jawapannya, peti sejuk adalah alat yang sangat penting di dapur. Anda mungkin dapat mengurus tanpa kewujudan ketuhar gelombang mikro tetapi jika peti sejuk kehilangan kuasa? Anda hanya mungkin mempunyai beberapa jam sebelum semua makanan di dalam peti sejuk menjadi panas dan perlu dibuang. Membuang keseluruhan kandungan peti sejuk dan penyejuk beku adalah pembaziran dan mungkin membelanjakan kos yang tinggi untuk menggantikannya.

Pencairan yang tidak dijangka menyebabkan kekotoran, mahal dan menjengkelkan selain timbulnya masalah berpotensi ke arah bahaya keselamatan disebabkan keracunan makanan.Inilah salah satu sebab mengapa amalan terbaik untuk peti sejuk mempunyai litar tersendiri.

 Amp Peti Sejuk Dan Keperluan Suruhanjaya Tenaga

Suruhanjaya Tenaga menyenaraikan syarat untuk peruntukan dan margin keselamatan yang dibuat untuk peralatan rumah tangga. Oleh itu, kebanyakkan pengeluar mengesyorkan peti sejuk dipasang pada litar khas, dengan pemutus litar 15 amp atau 20 amp atau fius time-delay menurut NEC. 

Di Malaysia selalunya, fius yang dipasang pada plug adalah 13 amps dan mengikut standard bekalan tenaga perkakas penyejukbekuan adalah mesti lulus ujian tenaga pada 230V, 50Hz.

Secara teknikalnya, peti sejuk tidak boleh dipasang pada soket yang sama dengan peralatan elektrik berkuasa tinggi yang lain. Contohnya, ketuhar gelombang micro, ia akan mengambil di antara 1,200 - 1,500 watt. Apabila ia dipasang pada litar peti sejuk dan peti sedang menjalankan kitaran penyejukan, kebarangkalian fius untuk meletup adalah tinggi. Ini kerana ia akan menarik arus lebih dari 13 amp. Adalah lebih selamat anda membaca label penggunaan kuasa pada setiap alatan dan membiarkan peti sejuk mempunyai litar khas untuknya.

Secara matematiknya kelihatan sangat berlebihan kerana alatan hanya menggunakan di antara 3 dan 6 amp, tetapi jabatan keselamatan merancang untuk senario terburuk. Ini akan melindungi daya ke peti sejuk sekiranya berlaku kejutan elektrik kerana lonjakan kemasukan atau keadaan melampau yang lain.

Memiliki peti sejuk di litar khas adalah amalan terbaik yang disyorkan oleh juru elektrik, pengeluar dan Suruhjaya Tenaga. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mengelakkan pemutus litar menendang, pastikan anda menghubungi juru elektrik berkelayakan untuk melihat panel pemutus anda dan menetukan susun atur elektrik yang lebih baik.   

 

PETI SEJUK : KESAN KEJUTAN ELEKTRIK

 www.wasap.my/+60166823585


Apabila berlaku kejutan elektrik di sesebuah bangunan, ia mungkin akan memberi kesan pada mana-mana barangan elektronik yang disambungkan ke outlet di dinding, ini termasuk peti sejuk. Kesan kejutan kuasa secara amnya diminimumkan melalui bebarapa alat keselamatan yang dibina di dalam rumah untuk membantu mengawal kejutan kuasa. Apabila alat pengawal kejutan kuasa ini rosak, ia boleh merosakkan unit peti sejuk dan alatan lain.

  PUNCA KEJUTAN TENAGA PADA PETI SEJUK

Kejutan elektrik di rumah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara berbeza. Sekiranya anda memasukkan terlalu banyak item ke outlet yang sama dan menjalankan elektronik sekaligus, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik. 

Sambaran kilat terus ke rumah atau saluran elektrik disekitar rumah juga boleh menyebabkan kejutan elektrik. Beberapa kes, peti sejuk itu sendiri mungkin menjadi penyebabnya berlakunya kejutan. Oleh kerana, ia memerlukan daya keperluan tenaga tinggi apabila peti sejuk memulakan kitaran penyejukan. Ketika peti sejuk dihidupkan untuk sistem kitaran penyejukan, ia akan dihidupkan dan dimatikan secara automatik. Ini dapat menjadi penyebab kejutan elektrik yang dapat menendang pemutus/breaker atau membakar fius jika berlaku kegagalan di dalam sistemnya.


Breaker Menendang Suis 

Sering kali apabila kejutan elektrik menyentuh peti sejuk, ia tidak akan mempengaruhi peti sejuk secara kekeal. Kotak pemutus arus yang biasanya dirumah, membantu mencegah kerosakan kekal pada peti sejuk dan peralatan lain. Sekiranya ia berfungsi dengan baik, apabila kejutan tenaga bergerak melalui saluran elektrik, pemutus untuk peti sejuk akan menendang ke kedudukan "OFF". Anda boleh mengembalikan kuasa ke peti sejuk dengan membalikkan pemutus ke "ON". 

Kebakaran Suis Peti Sejuk

Secara am, rumah terkini yang dibina dengan sistem kotak fius dan bukannya kotak pemutus untuk mengawal elektrik yang mengalir melalui sesebuah rumah. Apabila berlaku kejutan elektrik di rumah, bukannya pemutus arus ke posisi "OFF", fius untuk peti sejuk boleh meletup. Sekiranya fius suis peti sejuk meletup di kotak fius, anda mesti mengganti fius untuk peti sejuk memulakan semula operasi.


KEROSAKAN PADA PETI SEJUK ADALAH JARANG

Kejutan daya yang merosakan perkakasan adalah kejadian yang jarang berlaku, tetapi ia boleh berlaku terutama dalam keadaan sambaran kilat. Apabila kejutan jenis ini berlaku, ia mungkin akan merosakan komponen di dalam peti sejuk, termasuk fius pada papan litar unit atau motor. Sebilangan komponen ini seperti fius boleh diganti dengan murah tetapi jika yang lain, ia memerlukan papan litar yang lengkap atau penggantian motor.


LINDUNGI PETI SEJUK ANDA

Peti sejuk adalah peralatan yang penting di setiap rumah, akan tetapi kos penggantiannnya adalah mahal apabila berlaku kerosakan. Melindungi peti sejuk anda daripada kejutan kuasa adalah mudah, melalui bebarapa langkah pencegahan.


Pertama, beli pelindung kejutan elektrik peti sejuk (refrigerator surge protector) dari kedai elektrik dan elektronik, kedai hardware di tempat anda atau kedai online. Cari yang direka untuk kegunaan peti sejuk atau penyejuk beku, kerana alat ini amat sensitif terhadap turun naiknya arus elektrik. Pasang pelindung ini pada soket di dinding dan pasangkan soket peti sejuk padanya. Sekiranya berlaku kejutan/lonjakan, ia akan membantu mengelakkan elektrik daripada merosakkan peti sejuk anda. 

Satu-satunya cara untuk melindungi peralatan adalah mencabut plug sepenuhnya. Banyak kes kejutan elektrik berlaku secara rawak. Jika anda telah mengetahui ribut petir berada di kaki langit, anda boleh mencabut plug peralatan anda sebagai langkah berjaga-jaga tambahan terutamanya peralatan seperti television dan modem.  JANGAN lupa memasangkan semula setelah ancaman itu berlalu terutamanya peti sejuk!

Peti Sejuk Tidak Boleh Sejuk? Mungkin Faktor Umur Peti

  Peti sejuk adalah salah satu peralatan penting dalam rumah. Namun, ada ketikanya ia mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan, seperti tidak ...