PETI SEJUK : HARUSKAH IA BERADA DI LITAR TERPISAH?

 


Semasa merancang, mengubahsuai atau hanya mengatur semula bahagian dapur, kuasa elektrik sering menjadi komponen utama harus dipertimbangkan. Kemudahan utiliti dapur ketuhar gelombang mikro sebagai contoh, boleh menjadi aliran bebanan elektrik yang kuat dan peti sejuk adalah penarik aliran elektrik yang berterusan. Sekiranya anda ingin mengubahsuai atau menukar litar elektrik dapur anda, anda harusberbincang dengan juruelektrik profesional yang bertauliah,

Walaubagaimanapun, berikut adalah perkara asas untuk anda memahami prosesnya dan mengapa peti sejuk harus berada di dalam litarnya sendiri. 

Peti sejuk hendaklah dipasang ke dalam litar 120-volt sendiri, 20 amp. Litar mesti mempunyai perlindungan AFCI (arc-fault circuit interrupting), dan perlindungan GFCI (ground-fault circuit interrupting). Selain itu juga, diperlukan jika plug berada dalam lingkungan 6 kaki dari singki atau di garaj atau ruang bawah tanah. Anda boleh menyediakan kedua-duanya dengan outlet tunggal atau dengan memasang pemutus AFCI /GFCI.

Malaysian Stardard Electrical Code Of Practice

Minimum Energy Perfomance Standard (MEPS) di Malaysia, mengemukakan standard yang harus dipatuhi oleh juruelektrik profesional untuk menjaga keselamatan kerja elektrik. Dalam kes ini, keseluruhan amalan terbaik elektrik akan membentuk cara pendawaian di dapur. Minimum keperluan bagi pemeringkatan adalah 2 bintang.

Sebilangan besar peti sejuk beroperasi di antara 3 amp ke 6 amp tetapi ini mewakili operasi normal dan kitaran sistem penyejukan. Peti sejuk boleh melonjak pada penggunaan puncak sehingga 15 amp dan itu harus dirancang oleh juruelektrik supaya senario terburuk tidak berlaku dan mengikut spesifikasi bekalan elektrik awam dan standard MEPS.

 Ciri-ciri bekalan elektrik awam

Bekalan elektrik awam mempunyai ciri-ciri berikut:

Voltan: 240 Va.c. untuk sistem fasa tunggal

415 V a.c. untuk tiga fasa 4-wayar sistem

Variasi adalah + 5% dan - 10%

Kekerapan: 50 Hz ± 1%

Sistem pendawaian: TT -sistem (pengguna perlu mendirikan bumi sendiri)  

Kuasa Untuk Peti Sejuk

Kuasa harus diukur di dalam watt, adalah jumlah tenaga sebenar yang digunakan oleh sebahagian besar model peti sejuk. Sebilangan model peti sejuk boleh menggunakan antara 100 hingga 250 watt, antara 1 hingga 2 kilowatt per jam. Sebilangan besar model peti sejuk moden diberi nilai tenaga, yang bermaksud anda mungkin dapat mencari maklumat khusus untuk model dengan tepat di dalam talian atau dari manual produk.

Berdasarkan Peraturan Tenaga Elektrik 1994 (Perubahan 2013) Peraturan 101A (3) 

"Setiap peralatan yang memenuhi persyaratan elektrik yang efisien dibawah sub peraturan (1) harus dilekatkan dengan label pemeringkatan kecekapan dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya."

Semua pengeluar dan pengimport, mesti melekatkan Label Kecekapan Tenaga pada produk sebelum dijual kepada pelanggan.


  Masalah Dengan Kejutan Elektrik

Mengapa fius meletup atau pemutus arus menendang? 

Pertama sekali, lonjakan elektrik yang tidak betul boleh terjadi dari masa ke semasa, penendangan yang berulang dari pemutus menunjukkan masalah pasti dalam sistem pendawaian elektrik. Masalah elektrik boleh menjadi sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kebakaran, letupan elektrik dan juga kematian.

Sekiranya, litar tertentu mengalami masalah berulang, inilah masanya untuk melihatnya sebelum keadaan bertambah buruk.

Mengapa Melindungi Peti Sejuk Anda?

Jawapannya, peti sejuk adalah alat yang sangat penting di dapur. Anda mungkin dapat mengurus tanpa kewujudan ketuhar gelombang mikro tetapi jika peti sejuk kehilangan kuasa? Anda hanya mungkin mempunyai beberapa jam sebelum semua makanan di dalam peti sejuk menjadi panas dan perlu dibuang. Membuang keseluruhan kandungan peti sejuk dan penyejuk beku adalah pembaziran dan mungkin membelanjakan kos yang tinggi untuk menggantikannya.

Pencairan yang tidak dijangka menyebabkan kekotoran, mahal dan menjengkelkan selain timbulnya masalah berpotensi ke arah bahaya keselamatan disebabkan keracunan makanan.Inilah salah satu sebab mengapa amalan terbaik untuk peti sejuk mempunyai litar tersendiri.

 Amp Peti Sejuk Dan Keperluan Suruhanjaya Tenaga

Suruhanjaya Tenaga menyenaraikan syarat untuk peruntukan dan margin keselamatan yang dibuat untuk peralatan rumah tangga. Oleh itu, kebanyakkan pengeluar mengesyorkan peti sejuk dipasang pada litar khas, dengan pemutus litar 15 amp atau 20 amp atau fius time-delay menurut NEC. 

Di Malaysia selalunya, fius yang dipasang pada plug adalah 13 amps dan mengikut standard bekalan tenaga perkakas penyejukbekuan adalah mesti lulus ujian tenaga pada 230V, 50Hz.

Secara teknikalnya, peti sejuk tidak boleh dipasang pada soket yang sama dengan peralatan elektrik berkuasa tinggi yang lain. Contohnya, ketuhar gelombang micro, ia akan mengambil di antara 1,200 - 1,500 watt. Apabila ia dipasang pada litar peti sejuk dan peti sedang menjalankan kitaran penyejukan, kebarangkalian fius untuk meletup adalah tinggi. Ini kerana ia akan menarik arus lebih dari 13 amp. Adalah lebih selamat anda membaca label penggunaan kuasa pada setiap alatan dan membiarkan peti sejuk mempunyai litar khas untuknya.

Secara matematiknya kelihatan sangat berlebihan kerana alatan hanya menggunakan di antara 3 dan 6 amp, tetapi jabatan keselamatan merancang untuk senario terburuk. Ini akan melindungi daya ke peti sejuk sekiranya berlaku kejutan elektrik kerana lonjakan kemasukan atau keadaan melampau yang lain.

Memiliki peti sejuk di litar khas adalah amalan terbaik yang disyorkan oleh juru elektrik, pengeluar dan Suruhjaya Tenaga. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mengelakkan pemutus litar menendang, pastikan anda menghubungi juru elektrik berkelayakan untuk melihat panel pemutus anda dan menetukan susun atur elektrik yang lebih baik.   

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...