PETI SEJUK : TERLAMPAU PANAS DI BAHAGIAN BAWAH?

www.wasap.my/+60166823585 



Pernahkah terjadi ketika anda berdiri dihadapan peti sejuk, bahagian tapak kaki sehigga pergelangan kaki terasa panas? Ia agak menyejutkan udara panas berhembus di lantai dapur dan kepanasan ini agak membimbangkan. Anda harus melakukan sesuatu. 

Proses yang digunakan oleh peti sejuk untuk menyejukkan makanan yang mudah rosak adalah ia versi skla kecil pam pemanas. Peti sejuk tidak menjana kesejukkan, ia membuang tenaga haba. Proses pengekstrakan haba dan memproses pengedaran bahan penyejuk melalui dua gegelung/coil yang terpisah :

iaitu evaporator dan kondenser (condenser).

Gegelung kondenser ini akan mencipta kesejukkan untuk peti sejuk anda dengan membuang haba dan haba ini harus dikeluarkan pada suatu tempat. Suatu tempat itu, adalah saluran lubang bawah peti sejuk anda.

Selalunya dalam kebanyak kes, peti sejuk adalah normal. Ia perkara normal kerana kepanasan itu adalah sebahagian daripada fungsi penyejukan.



Bagaimana kondenser berfungsi?

Condenser coil 

Apabila dimampat oleh kompresor, wap pendingin memasuki gegelung kondenser yang terletak di bahagian luar peti sejuk dan dengan cepat mengeluwap menjadi cecair kembali. Bebanan haba yang diserap di dalam peti sejuk kini dilepaskan keluar ketika bahan pendingin cair melalui kondenser. Bahan pendingin kemudian dihantar kembali ke injap pengembangan, ditukar semula menjadi wap dan gelung penyejatan (evaporator)/pemeluwapan (kondenser) mengulang kembali putarannya.


Peti Sejuk Menambah Kepanasan Ruang Dapur Anda

Walaupun peti sejuk anda bekerja dengan betul, ia mungkin akan memanaskan ruang dapur anda. Semakin kuat kondenser bekerja untuk memastikan bahagian dalam peti sejuk tetap sejuk, semakin banyak haba dibebaskan dalam prosesnya.

Sekiranya, peti sejuk anda sudah tua atau kotor atau jika ruang dapur tertutup, berkemungkinan lebih memanaskan seluruh ruangan. Ini akan menjadi masalah terutamanya ketika bulan-bulan yang lebih panas.

Bagaimana Mengurangkan Lebihan Haba Peti Sejuk

Memang tiada salahnya dengan haba yang keluar dari saluran bawah atau belakang peti sejuk. Ia adalah perkara biasa untuk dibimbangkan. Perkara yang terbaik anda lakukan adalah membiarkan kebimbangan menjadi inspirasi kepada anda untuk menyelenggara peti sejuk dengan lebih baik.

Mengambil langkah yang betul untuk membersihkan dan memantau peti sejuk anda dapat meningkatkan prestasi, menambah jangka hayatnya dan mengurangkan jumlah haba yang terhasil di dapur anda.

Bersihkan Condenser Coil 

Pertama, perkara terbaik yang harus lakukan adalah membersihkan condenser coil. Debu boleh terbentuk dari keadaan sedikit dan nipis sehingga menyelimuti gegelung. Lapisan debu ini tidak akan akan mengotorkan, tetapi juga akan memberi prestasi buruk untuk gegelung.

Gegelung kondenser bergantung kepada pendedahan ke udara, baik dari sisi panas dan sejuk. Debu akan menghalang gegelung menghilangkan haba dengan berkesan.

Dimana Condenser Coil? (rujuk panduan manual anda)

Gegelung kondenser boleh ditemui di salah satu dari pada tiga tempat, bergantung pada reka bentuk peti sejuk.

1. Kemungkinan besar gegelung akan ditemui dibelakang peti sejuk anda. 

2. Kemungkinan besar pada bahagian belakang tetapi di dalam panel tertutup.

3. Kemungkinan besar juga boleh ditemui dibelakang lubang salur angin bawah atau belakang panel di dalam pendingin atau sejuk beku. 

Membersihkan gegelung/coil boleh dilakukan dengan mengelap lembut dengan kain atau anda boleh membeli berus khas yang dibentuk untuk membersihkan gegelung kondenser dengan selamat.

Bersihkan atau Tukar Penapis Udara (jika ada)

Beberapa peti sejuk direka dengan penapis tambahan yang bertujuan untuk melindungi gegelung daripada debu dan lapisan yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya peti sejuk anda mempunyai penapis udara, menjaga kebersihannya akan meningkatkan prestasi kondenser dari masa ke masa. Pastikan anda telah memeriksa dan memahami buku panduan dari pengilang, ini kerana cara penukarannya mungkin berbeza dari pengilang ke pengilang yang lain.

Peti sejuk yang mempunyai saringan logam yang boleh dicuci, bukannya diganti. Anda boleh menyemburkan saringan dengan air bersih di sinki dengan hos atau memcuci mesin cuci pinggan. Sekiranya penyaring berkarat atau rosak, pesan pengganti.

Bagi penapis HVAC adalah disarankan ia ditukar setiap 6 bulan. Ia merupa kunci untuk meneutralkan bau dan memastikan aliran udara segar masuk ke dalam peti sejuk anda.

Periksa Kipas

Panas dari peti sejuk anda juga boleh disebabkan oleh kipas yang mengarahkan udara beredar. Kipas menolak udara pada gegelung sejuk dan mengarahkan haba panas keluar pada saluran lubang bawah. Ini penting untuk mengatur haba untuk kondenser. Sekiranya, kipas ekzos peti sejuk perlu dibersih, mungkin perlu diperbaiki atau diganti. 

Cari kipas ekszos, ia selalunya berada sebaris dengan kompresor. Periksa ia dengan teliti. Jangan takut untuk mematikan peti sejuk dan lap juga sedut debu sehingga bersih termasuk pada kawasan kompressor. Ini penting untuk meningkatkan prestasi kerjanya.

Nota:

Jika  anda telah membersihkan gegelung, kipas dan penapis (jika ada) dan masalah masih juga berlanjutan. Hubungi juruteknik pembaikan yang anda percayai.

Seorang profesional akan dapat memberitahu anda jika peti sejuk anda dalam keadaan baik, mengapa terdapat banyak haba dan langkah seterusnya untuk prestasi terbaik peti sejuk anda.

Hubungi kami untuk mendapatkan lebih banyak petua atau perkhidmatan penjagaan alat. Kami mungkin akan menjawabnya di blog yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...