PETI SEJUK : 9 SEBAB TAK SEJUK



KENAPA PETI SEJUK TAK SEJUK?

Panduan penyebab, pembaikan atau masa untuk mengucap selamat tinggal


Pertanya pertama adalah "Berapakah suhu peti sejuk yang sepatutnya?" Menurut FDA, bahagian pendingin peti sejuk harus ditetapkan berada pada suhu 40°F atau kebawah, manakala suhu bahagian pembeku sepatutnya berada 0°F.

Masyarakat awam selalu menganggap apabila peti sejuk tidak cukup sejuk, masalah adalah berkaitan dengan gas penyejukan.  Apabila anda bertanya kepada teknision yang berpengalaman jawapan meraka adalah gas penyejakan tidak akan habis kecuali ia berkaitan masalah kebocoran. Mereka akan menolong anda dengan diagnosis punca masalah dan langkah yang mereka akan lakukan.

Pertama, BUAT PEMERIKSAAN DAHULU

Kadangkala tiada yang rosak pada sejuk anda, meskipun fakta itu tidak mengkagumkan. "Pembaikian Mudah" ini adalah langkah untuk menyelamatkan diri dari perbahasan yang memalukan dengan teknision pembaikian dan dari pembayaran perkhidmatan yang tidak perlu.

1. Soket longgar atau suis terbakar. 

Ia kelihatan sedikit memalukan. Ini kerana ramai yang membuat kesimpulan tanpa memeriksa keadan punca kuasa bagi peti sejuk. Seelok-eloknya, cuba dahulu peralatan lain pada soket peti sejuk. Jika peralatan lain berfungsi pada soket yang sama, barulah anda membuat keputusan membaiki peti sejuk. Jangan jadi salah seorang dari pembuat keputusan yang salah. 

2. Kawalan suhu telah dialihkan. 

Terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil, mungkin mereka bermain dengan kawalan suhu dan tidak sengaja naikkan suhu di dalam peti sejuk.  Periksa dahulu suhu telah ditetapkan sebelum anda memanggil teknision. Apabila suhu telah dialihkan, ia memerlukan lebih dari 4jam hingga 8jam untuk mendapatkan suhu yang diinginkan. Jika lebih dari 8 jam suhu masih tidak kembali normal, barulah anda panggil teknision yang anda percayai.

3.Pintu tidak tertutup rapat. 

Periksa dua kali getah pintu anda. Adakah lampu terpadam apabila pintu tertutup? Jika tidak, pintu tidak berfungsi dengan baik. Getah pintu, ia adalah jalur anjal fleksibel disekeliling pinggir pintu yang direka untuk mengunci pintu ketika ditutup. Ia boleh koyak dan membocorkan udara panas atau lembap ke dalam peti sejuk anda. Jika getah ini koyak, anda perlu menggantinya dan lihat sama ada peti anda kekal sejuk.

4. Udara sejuk tidak beredar.

Jika terdapat halangan pada saluran udara sejuk, udara sejuk tidak dapat dialirkan. Pastikan anda menyusun atau mengosongkan sedikit makanan yang menghalang aliran udara dan menyukarkan peti sejuk untuk sejuk. 

Jika anda menjalankan senarai semak ini dan peti sejuk atau suhu peti sejuk anda masih tidak di mana ia sepatutnya, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih rumit. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pemanasan peti sejuk anda adalah lebih daripada masalah daripada peti sejuk yang sesak.

Condenser Coil

Condenser coil membawa gas panas yang dihasilkan oleh kompresor sehingga ke evaporator coil. Apabila gas penyejuk bergerak melalui gegelung pada tekanan tinggi, ia sejuk dan kembali semula ke keadaan dalam cecair. Condenser coil tersumbat boleh menghasilkan peredaran udara yang lemah, ia akan menyekat keupayaan peti sejuk anda untuk memastikan kekal sejuk.

Dimana ia: Condenser coil terletak dibahagian bawah peti sejuk atau dibahagian belakang. Ia menuju daripada kompresor dan ke arah bahagian pembekuan atau freezer.

Pembaikian: Jika gegelung adalah tersumbat, ia harus dibersihkan. Tutup sambung punca kuasa ke peti sejuk sebelum penutup bahagian bawah dibuka (rujuk manual anda, cara membukanya). Gunakan berus yang sesuai dan tanggalkan habuk-habuk yang melekat disitu. Anda juga boleh menggunakan penyedut habuk. Sedut habuk sehingga bersih, condenser coil yang kotor dengan habuk, ia tidak dapat menghilangkan haba dengan baik.

Condenser Fan

Condenser fan berfungsi menyejukkan kompresor dan condendenser coil apabila ia bekerja. Kipas ini seharusnya berpusing ketika kompresor bekerja. Jika kipas ini tidak berfungsi dengan elok, suhu di dalam peti sejuk akan meningkat dan kompresor akan terlampau panas.

Dimana ia: Condenser Fan terletak dibahagian kabinet bawah yang menempatkan kompresor dan condendenser coil. Perlu diingat. peti sejuk dengan condenser coil dibelakang tidak mempunyai kipas.

Pembaikian: Pastikan kipas boleh berputar secara bebas dan tiada halangan dari sebarang objek. Ia mungkin sahaja habuk-habuk or objek lain telah menghalang bilah kipas dari berputar dengan cara sepatutnya. Jika tiada yang menghalang bilah dari berputar mungkin, anda munkin harus mengganti motor kipas condenser. (Rujuk manual) Bagi menukar motor kipas, cuma buka pemasangan skru yang menahan kipas ditempatnya dan lepaskan pemasangannya dari ruang motor dengan berhati-hati. Buka pemasangan braket yang menahan motor lama ke bilah, tukar dengan motor baru.

Air Damper

Air damper mengawal berapa banyaknya udara sejuk dikongsi dari bahagian beku ke bahagian pendingin. Jika ia tidak dapat membuka atau menutup, ia akan memberi kesan pada suhu pendingin manakala suhu pembekuan masih pada suhu yang tepat. Apabila ia tidak dapat dibuka, aliran udara sejuk tidak dapat disalurkan dan pendingin akan menjadi semakin panas.

Dimana ia: Ia terletak di antara bahagian makanan segar dan bahagian pembekuan peti sejuk anda. Bagi side by side, ia diletakkan pada sudut kiri peti sejuk.

Pembaikian: Tukarkan air damper dengan (rujuk manual) membuka semua skru yang memegang penutup saluran, tarik keluar penutup juga. Thermostat sensor akan berada disekitar damper, yang boleh dilepaskan dengan mudah. Di bahagian sejuk beku, keluarkan bekas pembuat ais jika ada. Terdapat motor yang boleh dilepas dan dicabut untuk mengeluarkan kompartmen. Buka skru saluran penutup saluran belakang untuk melepas tab yang menahan air damper ditempatnya. Keluarkan yang lama dan pasang yang baru. Pasang semula kompartment yang anda proses membuka.   


Kompresor

Kompresor ada bahagian memampatkan dan menolak wap gas penyejuk masuk ke gegelung diluar peti sejuk. Penolakan dan tekanan menghasilkan pemanasan, pembentukkan gas panas yang kemudiannya penyejuk dan menyerap panas dari sejuk beku dan pendingin.Kompresor satrt relay adalah bahagian yang memasuk kabel ke kompresor Anda perlu memarik peti sejuk anda dari dinding untuk mengakses kedua-dua bahagian ini. Pastikan punca kuasa dicabut sebelum memulakan kerja pembaikan.

Dimana ia: Kompresor terletak dibahagian bawah belakang peti sejuk. Ianya berwarna hitam, kelihatan seperti tangki. 

Pembaikan: Penggantian kompresor start relay adalah lebih mudah dan lebih murah berbanding kompresor. Hanya beli relay baru dan uji dengan kompresor semasa. Ini akan menjelaskan sama ada anda harus menukar kompresor. Penggantian kompresor anda perlu melepaskan dengan selamat dengan saluran sedutan dan saluran pelepasan pada kompressor. Anda juga harus menanggalkan soket elektrik dan memotong saluran tekanan tinggi dan rendah sebelum melonggarkan bolt yang menahan kompresor ditempatnya. Sebelum mengganti kompresor baru anda harus mengosongkan sistem gas lama dan menggantikan gas baru disamping proses mengimpal saluran dan mengganti filter dryer. Proses ini hanya dilakukan teknision berpengalaman. 

Selain itu ada juga komponen lain yang perlu anda periksa:

Temperature Control Thermostat
Turunkan suhu kepada yang terendah kepada yang tertinggi dan dengar bunyi “klik”. Jika tiada bunyi klik, periksa kesinambungan arusnya..
Start Capacitor
Operasi dimulakan apabila start capacitor mendorong kuasa ke compressor. Kompressor tidak akan dimulakan jika ia rosak.
Thermistor
Thermistor mengawal suhu peti dan menghantar bacaan ke papan kawalan. Jika ia tidak berfungsi, kompressor dan evaporator fan tidak akan bergerak bila dipelukan. Uji dengan multimeter kesinambungan litarnya.
Temperature Control Board
Ia menyediakan voltan ke compressor dan fan motor. Ketika ia rosak, ia akan berhenti menghantar voltan ke sistem penyejuk tetapi ia sering terlepas di diagnose. Jika tiada komponen lain yang rosak, maka ia boleh dipertimbangkan untuk ditukar.
Main Control Board
Namun, ia tidak menyebabkan tidak sejuk. Setelah kesemua komponen yang mungkin telah diuji dan tiada satu pun yang rosak, ia harus dipertimbangkan untuk ditukar.

Apabila semuanya GAGAL


Apabila anda kesukaran untuk menentukan punca masalah dan tidak mempunyai pengalaman di dalam pembaikian, biarlah teknision yang profesional mengendalikannya. Ini kerana jika mempunyai pengalaman, ia tidak hanya akan lebih merosakkan peti sejuk anda dan ia akan lebih merbahayakan.

Ucapan selamat tinggal


Terdapat beberapa keadaan di mana peti sejuk anda sudah melebihi titik pembaikian. Ini kerana anda hanya perlu menambah sedikit wang untuk pembelian baharu berbanding dengan kos pembaikian. Oleh yang demikian, anda sudah dapat mengetahui bila anda harus berputus asa dengan peti sejuk anda.

Jangka hayat peti sejuk?

Sebilangan besar laporan pengguna menasihatkan usia unit anda dan kos pembaikan anda adalah petunjuk terbaik apabila anda perlu mengganti peti sejuk anda.

Walaupun jangka hayat bergantung pada jenis unit, unit biasanya memerlukan pembaikan pertama dalam:

⃟   7 tahun untuk penyejuk beku bawah dengan pembaikan tambahan pada masa akan datang.
⃟   5 tahun untuk side by side/ freezer (penyejuk beku) dengan pembaikan tambahan pada masa akan datang.
⃟   3 tahun untuk penyejuk beku di atas dengan pembaikan tambahan 3-6 tahun dan penggantian selepas 7 tahun

Peraturan amnya adalah kecuali peti sejuk anda mempunyai nilai sentimental,setiap kali pembaikan melebihi kos pembelian unit baharu, pilih unit baharu! 
Ini kerana kami tidak mahu review yang tidak baik tentang teknision kami atau pemberian satu bintang pada halaman kerana masalah harga pembaikan walaupun sebut harga telah diberikan.
 
Note: Pastikan semua langkah keselamatan telah diikuti sebelum anda memulakan kerja-kerja membaiki atau menukar komponen. Sila rujuk dan baca diagram yang telah dibekalkan oleh pengilang.
Jika ada sebarang pertanyaan atau temujanji, sila hubungi Hairil @ +60166823585 ditalian atau whatsap www.wasap.my/+60166823585

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...