ASAS PEMBAIKKAN : PLUG, KABEL SAMBUNGAN DAN FIUS



Apabila peralatan elektrik anda tidak berfungsi atau mati periksa dahulu perkara berikut:  

Di Malaysia, kebanyakkan peralatan dipasang dengan plug 3 pin. Penting untuk mengetahui cara pemasangan plug/palam 3 pin dengan betul. Plug 3 pin direka supaya elektrik dapat dibekalkan ke peralatan elektrik dengan selamat.
Palam 3 pin terdiri daripada 3 pin (seperti namanya). Setiap pin disambungkan dengan betul ke tiga wayar di kabel elektrik. Setiap wayar mempunyai warna yang tersendiri sehingga dapat dikenali dengan mudah.
Plug pada perkakasan atau kabel sambungan boleh usang atau rosak dari masa ke masa. Selalunya anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk mengganti keseluruhan kabel dengan yang baharu. Hanya beberapa Ringgit, anda hanya perlu mendapatkan plug pengganti dan memasangnya sendiri. Ini hanya memerlukan beberapa alatan dan pengetahuaan yang minimum dan kabel sambungan anda akan menjadi baik seperti baharu apabila anda selesai.


WAYAR HIDUP (LIVE) berwarna COKLAT/MERAH

Sambungan ini akan disambungkan ke fius pada live pin.  Arus elektrik menggunakan wayar LIVE sebagai laluan masuk.


WAYAR NEUTRAL berwarna BIRU/HITAM

Ini adalah laluan yang dilalui arus elektrik semasa keluar dari perkakasan elektrik; ini adalah penyebab wayar neutral mempunyai voltan hampir dengan sifar.


WAYAR BUMI berwarna HIJAU & KUNING

Ia akan disambungkan ke pin bumi. Ia digunakan apabila perkakasan mempunyai kelongsong logam untuk mengeluarkan sebarang arus jika wayar hidup bersentuhan dengan kelongsong.


Note: Selalunya bagi perkakasan rumah, warna kabel sambungan adalah tertakluk kepada negara asal barangan tersebut.


FIUS/SEKERING



Terdapat banyak jenis fius dipasaran sebagai rujukkan.





Sekiranya anda menggunakan fius dengan ampere yang salah, fius tidak akan meletup seperti yang diharapkan. ia akan merosakkan litar dan mengakibatkan tagihan yang lebih besar pada bill pembaikkan.

Contoh:
Sebuah pemanas air elektrik 240 volt memerlukan 5500 watt. Berapakah saiz fius yang diperlukan?

Formula Pengiraan Fius 

(Amps) = P (watt)   ➗ V (voltage)

               = 5500 watt ➗ 240 volt
               = 22.9

Oleh kerana litar memerlukan 20% margin keselamatan, litar harus menyediakan sekurangnya 27.48 amps (120 % dari 22.9 = 27.48). Juru elektrik akan memasang litar dengan fius 30 amp 240 volt melayani pemanas air elektrik tersebut. 

Jadi, jika terjadi masalah di dalam arus elektrik, fius tersebut putus. Fius penggantian juga harus fius 30 amps juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...