PETI SEJUK : PINTU TIDAK RAPAT

Pintu peti sejuk akan di buka dan di tutup banayk kali dalam satu hari, kadangkala akan menyebabkan masalah tidak rapat atau tidak tertutup dengan sempurna. Bagi yang dilengkapi dengan sistem alarm pintu mungkin masalah ini cepat dapat diatasi sebelum peti sejuk kehilangan lebih banyak hawa sejuk, seterus akan menyebabkan kerosakkan komponen elektronik. Berikut adalah senarai yang mugkin menyebabkan ia berlaku dan tip untuk penyelesaian masalah.

Peringatan: Sebelum anda melakukan pembaikkan, pastikan perkakasan tidak bersambung dengan bekalan kuasa. Bahaya renjatan elektrik.

PENYEBAB YANG MUNGKIN UNTUK MASALAH 






PETI SEJUK TIDAK STABIL

Jika peti sejuk condong terlalu ke hadapan, pintu akan bermasalah tertutup rapat. Kes yang seperti ini, gunakan timbang air, periksa supaya kecondongan peti sedikit kebelakang supaya ia boleh tertutup rapat secara automatik.


GETAH LINGKARAN PINTU KOYAK ATAU DI POSISI SALAH

Setelah bertahun, lingkaran getah disekeliling pintu akan longgar. Pengendalian secara kasar ketika membuka dan menutup peti sejuk adalah salah satu contoh yang menyebabkan getah ini akan terkeluar dari tempatnya. Sekiranya getah pintu ini tidak lagi menempel pada dinding, pintu peti sejuk tidak akan terkunci rapat. 

Periksa getah pintu ini, pastikan ia berada pada kedudukkan yang betul dan terletak di tempatnya. Jika ia terkeluar dari tempatnya secara tidak sengaja, lekatkan kembali dengan gam yang tidak mengandungi toksik. 

Kadang-kadang boleh belaku, getah ini berada di tempat yang betul tetapi ia terlalu usang. Periksa jika ia berkemungkinan koyak atau rosak. Kurangnya penyelenggaraan juga boleh menjadikan perkara ini terjadi, ini kerana getah ini harus dibersihkan secara berkala. Gunakan berus lembut yang telah direndam dalam cuka cair atau air sabun. 

Sekiranya lingkaran getah pintu ini telah benar-benar usang, dicadangkan penggantian sebelum timbul gejala gangguan pada suhu peti sejuk.




ENGSEL PINTU LONGGAR

Engsel adalah yang membolehkan pintu peti sejuk dipaksinya. Ia terletak pada di celah antara pintu dan dinding peti sejuk, di sebelah kanan atau kiri bergantung pada cara peti dibuka.
Lihat engsel untuk memeriksa adakah ia tidak terlepas, bengkok atau usang. Ini mungkin penyebab pintu tidak boleh dibuka dengan betul. Sekiranya rosak, gantikan dengan yang baharu. 


BARANG DI DALAM PETI TIDAK TERSUSUN RAPI ATAU TERLAMPAU PENUH 

Jangan mengisi peti sejuk dengan memasukkan terlampau banyak makanan di dalamnya. Peti sejuk yang terlampau penuh akan menghadapi masalah untuk ditutup.

Apabila anda meletakkan makanan dan bekas di dalam peti sejuk, pastikan ada ruang di antaranya. Selain itu, cuba jangan letakkan barangan terlalu tepi di rak peti sejuk. Anda juga boleh menggunakan bakul simpanan untuk mengatur barangan di dalam peti sejuk anda.




LACI TERSALAH DIPOSISIKAN

Sekiranya laci untuk buah atau sayur tidak disorong masak sehingga menyentuh bahagian belakang peti sejuk, anda tidak akan dapat menutup pintu peti sejuk dengan betul. 

Periksa dan pastikan tiada yang menghalangnya. Jangan sekali-kali memaksa pintu pintu peti sejuk untuk ditutup. Ini kerana ia boleh pecah atau merosakkan bahagiannya.

Kadang-kadang berlaku kes, sukar untuk memastikan apa yang menghalang pintu peti sejuk dari tertutup. Sekiranya demikian, anda hendaklah mengosongkan peti sejuk secara beransur-ansur.



AIS MENCEGAH ATAU MENGHALANG PINTU DARI TERTUTUP

Pembentukkan ais boleh menghalang mekanisme pintu tertutup dengan betul, terutamanya jika terdapat ais pada pintu atau banyak menumpuk di bahagian sejuk beku peti. Sekiranya ini berlaku, anda perlu mencairkan peti sejuk sepenuhnya. Cabut plug perkakas anda dan kosongkan sepenuhnya. Setelah cair, bersihkan semua ais yang telah mencair dengan span atau kain lap. Ambil peluang ini untuk membersihkan kotoran yang ada pada peti sejuk sehingga bersih dan kering.




Sisa makanan dan tumpahan boleh mengganggu penutupan pintu peti sejuk. Sekiranya anda mengesan kehadiran kotoran, bersihkan pintu peti sejuk dengan teliti, tanpa melupakan celahan di mana serpihan boleh berkumpul.




Lama kelamaan pintu peti sejuk mungkin usang dan boleh dibengkokkan. Sekiranya anda merasakan ini punca masalah, anda boleh menggunakan pembaris panjang untuk memeriksa adakah pintu anda lurus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TV : Fungsi backlight (Lampu latar)

  Apakah fungsi backlight tv? Ia adalah sejenis paparan panel rata yang menggunakan lampu latar LED dan bukannya CCFL (cold cathode fluresce...