PETI SEJUK: 16 PERKARA BOLEH MENYEBABKAN PENDINGIN TIDAK SEJUK ATAU TERLALU SEJUK

www.wasap.my/+60166823585 Hairil Baiki Peti Sejuk dan Mesin Basuh di Rumah Anda

Q : Peti sejuk TIDAK SEJUK? Peti sejuk TERLAMPAU SEJUK?

Peti Sejuk keluar ERROR? Sebab apa ya?

A: Selalunya sebahagian dari kita atau penasihat tiada tauliah, meminta agar menambah gas tetapi sebenarnya ini bukan penyelesaian yang tepat. Anda juga harus melihat tanda amaran dari lampu peringatan atau terdapatnya kode kesalahan/ralat yang ditampilkan pada peti sejuk. Kami akan menjelaskan antara penyebab masalah ini supaya anda mengganti perkara yang rosak bukan mengganti semua perkara kecuali bahagian yang rosak.

Sila rujuk kode ralat di: Klik sini

Perkara yang biasa menyebabkan peti sejuk bermasalah:

1. Condenser Coil

Apabila coil condenser terlalu kotor dengan habuk, ia tidak tidak dapat menghilangkan haba dengan baik. Bersihkan jika kotor.

2. Condenser Fan Motor

Ia ditugaskan untuk menarik udara melalui condenser coil dan kompessor. Periksa bilah kipas jika terdapat halangan dan pusingkan dengan jari, adakah ia berputar dengan bebas. Guna multimeter, uji motor kipas sama ada masih baik atau rosak.

3. Evaporator Fan Motor

Ia berfungsi menarik udara sejuk dan mengalirkan keseluruh peti. Jika ia rosak, bahagian sejuk beku masih lagi mendapat sejuk. Lihat sebarang halang pada kipas dan pusingkan dengan jari. Adakah kipas boleh berputar secara bebas? Dengar bunyi motor jika ia mengeluarkan bunyi yang ganjil? Guna multimeter uji kesinambungan litar motor, tukar dengan yang baru jika rosak.

4. Thermistor

Thermistor mengawal suhu peti dan menghantar bacaan ke papan kawalan. Jika ia tidak berfungsi, kompressor dan evaporator fan tidak akan bergerak bila dipelukan. Uji dengan multimeter kesinambungan litarnya.

5. Thermal Fuse / Defrost Thermostat


Peti sejuk atau penyejuk beku yang dilengkapi dengan teknologi fros-free mempunyai thermal fuse (sama ada dengan atau tanpa termostat) yang berfungsi sebagai alat pelindung yang dipicu apabila suhu di dalam dan di sekitar ruang evaporator/penyejat berada terlalu tinggi.
Sekiranya, defrost thermostat tidak berfungsi dengan baik, ia tidak memberi isyarat bahawa suhu berada ditahap yang betul. Ini akan menyebabkan kode amaran akan ditampilkan. 
Periksa keadaan komponen ini dengan multimeter (setelah bekalan kuasa diputuskan). Anda harus mengganti mana-mana komponen yang tidak mempunyai kesinambungan arus.                                                                                                                                                          

6. Saliran Elemen Pemanasan (Peti Sejuk Frost Free sahaja)


Pada penyejuk beku yang dilengkapi teknologi frost-free, ketika proses pencairan menetes ke dalam saluran, yang sebahagian besar kes adalah dilengkapi dengan elemen pemanas. Ia menghasilkan kepanasan untuk memastikan air tidak membeku di dalam saliran. Jika pemanas/heater ini rosak, air di dalam saliran ini akan membeku. Ini akan menjadi penyebab amaran ditampilkan.
Periksa elemen pemanas menggunakan multi meter dalam mode ohmmeter. Cuma letakkan probe meter pada terminal elemen (setelah bekalan diputuskan). Jika tiada kesinambungan arus (nilai 0), ia harus diganti.

7. Sensor


Sensor di pendingin dan sejuk-beku peti sejuk akan mendeteksi suhu di pelbagai kompartmen perkakasan. Ia juga berfungsi untuk menghentikan/mematikan element pemanasan di akhir sirkulasi pencairan. Jika ada yang rosak atau memberikan bacaan yang salah, peti sejuk akan menunjukkan kode kesalahan atau amaran.

8. Thermostat Tempurature Control

Jika termostat rosak, ia tidak dapat lagi mengatur suhu di peti sejuk. Ini akan menyebabkan suhu menjadi terlalu sejuk atau terlalu hangat. Hal ini dapat mengakibatkan kode kesalahan atau lampu amaran akan ditampilkan. 
Jadi salah satu perkara berikut akan dapat anda perhatikan:
  • bahagian penyejuk beku masih membeku tetapi bahagian pendinginan tidak cukup sejuk
  • makanan dibahagian pendingin membeku 
  • suhu pendingin tidak stabil iaitu berlaku turun naik suhu.
Turunkan suhu kepada yang terendah kepada yang tertinggi dan dengar bunyi “klik”. Jika tiada bunyi klik, periksa kesinambungan arusnya komponennya dengan multimeter.
Ia juga dapat diperiksa dengan menggunakan termometer. Suhu tidak boleh lebih tinggi dari -18°C di bahagian penyejuk beku (freezer) dan tidak lebih dari 4°C di pendingin. Setelah beberapa kali anda mengaturkan suhu secara betul, tetapi suhu tidak berada dijulat yang betul, termostat (thermostat) harus diganti.

9. Start Relay

Kompressor akan kekadang berfungsi, kekadang tidak atau tidak berfungsi langsung jika start relay rosak. Periksa soket pada run dan start terminal. Periksa jika ada juga kesan terbakar atau bau terbakar.

10. Start Capacitor

Operasi dimulakan apabila start capacitor mendorong kuasa ke compressor. Kompressor tidak akan dimulakan jika ia rosak.

11. Temperature Control Board

Ia menyediakan voltan ke compressor dan fan motor. Ketika ia rosak, ia akan berhenti menghantar voltan ke sistem penyejuk tetapi ia sering terlepas di diagnose. Jika tiada komponen lain yang rosak, maka ia boleh dipertimbangkan untuk ditukar.

12. Compressor/Kompressor

Sekiranya kompressor bermasalah kerana penutup dalamannya sedang uzur atau minyak dari motornya masuk ke jalur penyejuk, kompressor akan kesukaran mengedarkan bendalir penyejukkan. Ini dapat mengakibatkan lampu peringatan menyala atau kode kesalahan ditampilkan.
Selain itu, ketika anda tidak mendengar sebarang bunyi dari kompressor seperti bunyi motor sedang berfungsi atau berdengung, uji kesinambungan arus di antara pin elektrik disisinya. Jika ada arus atau litar terbuka, kompressor sepertinya telah rosak dan harus diganti oleh teknision yang berkelayakkan. Sebelum menggantikannya, periksa komponen lain yang mungkin tidak berfungsi dengan baik.

13. Main Control Board/Papan Litar Utama

Papan litar mengawal sebahagian besar fungsi perkakas. Sekiranya ia rosak, ia mungkin akan mentafsirkan data yang tidak tepat dan sukar untuk mengatur suhu di dalam peti sejuk. Ini akan menyebabkan lampu penggera muncul atau kode kesalahan muncul.
Namun, ia tidak menyebabkan tidak sejuk. Setelah kesemua komponen yang mungkin telah diuji dan tiada satu pun yang rosak, ia harus dipertimbangkan untuk ditukar.
Note: Pastikan semua langkah keselamatan telah diikuti sebelum anda memulakan kerja-kerja membaiki atau menukar komponen. Sila rujuk dan baca diagram yang telah dibekalkan oleh pengilang.
Selain daripada perkara yang berkaitan dengan komponen elektronik di atas, faktor-faktor lain juga boleh menjadi penyebab peti sejuk menampilkan kode ralat dan tidak memperolehi julat kesejukkan betul.

1. Peti Sejuk Diisi Terlampau Penuh


Jika mengisi peti sejuk sekaligus seperti contohnya, waktu anda balik dari berbelanja. Anda akan memasukkan terlalu banyak barang ke dalam peti sejuk baik diruang pendinginan dan sejuk-beku sekaligus. Ini akan memerlukan peti sejuk mengambil waktu yang lama untuk membeku atau mendinginkan. Suhu di bahagian dalam akan meningkat dan menyebabkan perkakasan beralih ke mode peringatan atau tampilan kode ralat.
Adalah disarankan anda menurunkan suhu di pendinginan menerusi termostat sebelum keluar berbelanja. Kemudian, mengembalikan semula pengaturan yang betul selepas dua jam setelah anda memasukkan makanan ke dalam peti sejuk.

2. Getah Pintu 


Getah pintu yang rosak atau uzur akan tidak terpasang rapat dengan posisi yang betul saat pintu ditutup. Dalam kes ini, udara hangat disekitar peti sejuk akan memasuki ruangan peti sejuk. Ini akan menaikkan suhu di dalam kompartmen pendingin atau pembekuan peti sejuk. Ini akan menyebabkan lampu peringatan atau kode ralat ditampilkan,
Periksa kondisi getah pintu dan bersihkan. Gantilah jika ia telah menunjukkan tanda-tanda kerosakkan atau kelonggaran.

3. Cecair Pendinginan Tidak Beredar Dengan Baik


Cecair pendinginan tidak dapat beredar dengan baik apabila minyak dari motor kadangkala masuk ke jalur penyejukkan. Apabila ini terjadi, ia akan membuat penyumbatan disaluran dan mencegah cairan diedarkan dengan baik.
Jika cecair tidak dapat beredar secara efision, ia dapat menyebabkan gas pendinginan (dalam bentuk cecair) keluar yang akan menyebabkan penumpukkan salji/frost. Peti sejuk akan menjadi hangat kerana kehilangan gas. Tampilan ralat kesalahan akan menyala. Selalunya jika ia berkaitan dengan gas cecair pendinginan adalah dinasihat meminta juruteknik yang professional dan berpengalaman untuk menanganinya.
Jika ada sebarang pertanyaan atau temujanji, sila hubungi Hairil @ 0166823585 ditalian atau whatsap www.wasap.my/+60166823585

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PETI SEJUK : MENGAPA ADA RENJATAN ELEKTRIK?

www.wasap.my/+60166823585 Renjatan elektrik adalah menakutkan (dan berbahaya), terutamanya apabila perkakas kegemaran anda adalah puncanya. ...